alangkah banyaknya kelemahan dalam diri
tidak termampu dimuhasabahkan
berjuta alasan tatkala hati cuba berteguh mahu bermonolog
hampir tidak terukir detik emas jiwa tunduk hanya pada-Nya
sentiasa ada noda terpalit mengotori jiwa
puas istighfar
jenuh berqiam
letih merenung hakikat insan
takjub melihat alam nan luas tidak bertepi
sebak dada memikirkan betapa kerdil dan hinanya diri ini
aku lemah Ya Allah
aku lemah...
makin dekat aku pada-Mu
terasa semakin hebat dugaan itu
mampukah aku menuju-Mu?
Setiakah aku di jalan-Mu?
Adakah ruang rahmat-Mu untukku di hari terungkap segala-galanya nanti?
Akan terbukakah pintu al-Jannah buatku?
T_T. T_T. T_T.
alangkah baiknya...
andai mampu ku katakan
Hati ini bukan 'milikku'
Alangkah bahagianya aku
andai di hari pembalasan nanti
Jasadku ini menjadi saksi pembelaku
Amalku ini menjadi benteng penyelamatku
Agamaku ini menjadi pemayungku di padang Mahsyar nanti
Dan imanku ini menjadi peguam bela setiaku
Oh!! Alangkah baiknya
Andai hati ini bukan 'milikku'
T_T ......
Ku serahkan hatiku ini hanya pada-Mu al-Khaliq
Kau peganglah ia dengan Ibadurrahman-Mu
Pimpinlah ia dalam mengenali ma'rifat-Mu
Sinarilah ia dengan nur-Mu
Kau suburkanlah ia dengan kasih sayang setulus Ummu Habibah
teguhkanlah ia di jalan dakwah-Mu sehebatnya Khaulah Azwar
dan Kau cekalkanlah ia bersama para pejuang agama-Mu
sehebat Asma dan Na'ilah
sesungguhnya hanya Engkau sajalah
sehebat-hebat Penolong
sebaik-baik Penjaga
semulia-mulia Kuasa yang tidak terjangkau minda
Ya Rabb
Dengarlah rintihan hatiku ini...
Ku Pohon pada-Mu
Jadikanlah hatiku ini bukan 'milikku'...
......

3 comments:
salam... sesuatu yang bagus utk kita sentiasa muhasabah diri. makin dengan Allah, makin hebatlah ujian. org yang beriman pasti diuji. moge ditetapkan iman dalam mengharungi kehidupan yang byk dugaan.. =)
yer berul tuh, sy setuju. tapi sy rs kadang-kala tak cukup dgn muhasabah diri shj, kena buat sesuatu agar apa jua yg tak berapa elok yg ada pd kita dpt dielokkan insyaAllah.
meaning pk ajer tak cukup, mesti ada tindakan susulan ^_^.
Post a Comment