02 October 2008

buat musafir




sedarlah temanku
kita ini musafir sahaja di dunia
kelak nanti kita kan pulang menemui-Nya jua
masa hidup di dunia akan ditanya
adakah diisi dengan sebaik-baiknya?
atau keseronokan semata-mata?
mahukah kita hidup terhia?
tanpa ilmu sebagai bekalnya
kelak di sana rendah darjatnya.

kita dieri peluang memilih
jangan sampai tersisih
kelak kau juga yang tanggung natijahnya
nasib kita tidak serupa
kerana Dia Maha Adil ukuran-Nya
kelalaian dibalas kegagalan
kerajinan dibalas kejayaan dan pahala-Nya

syurga atau neraka
pahala atau dosa
jalan ini pilihanmu
isilah hatimu dengan ilmu dan agama
agar hidup dekat dengan-Nya
barulah aman tenang bahagia
ketahuilah
kitalah ummah terbaik pilihan-Nya.



1 comment:

Anonymous said...

help me.