04 March 2015

Kau yang ku sayang

suatu ketika dulu, ada satu lagu yang agak famous dengan ungkapan ni.

"kau yang ku sayang.. 
kau yang ku cinta. 
kau yang ku rindu
kau lah kekasih hatiku... "

pernah dengar tak? 
Ella nyanyi rasanya. 

hati-hati dengan apa yang keluar dari mulut kita. 
hati-hati juga dengan lintasan hati kita
perlu lebih hati-hati lagi dengan apa yang kita pinta pada Ya Rabbul Izzati 

apa yang kita ungkapkan pada sesiapa jua.. 
setiap perkataan itu akan Allah uji kita dengannya
apakah betul apa yang kita tuturkan itu atau adakah ia hanya manis di bibir sahaja. 

Allah uji bukan sebarang uji.
Uji-Nya penuh dengan nikmat, rahmat dan barakah andai saja kita berjaya melepasinya. 

tapi, macam mana nak pass ye? 
Kan kita manusia ni selalu mudah lupa? 
Kan kita manusia ni telah Allah nyatakan dalam al-furqan satu makhluk yang sangat suka membantah? 

di sinilah letaknya keluarga, saudara-mara, sahabat-handai nan setia! 
kita mungkin x boleh pilih siapa jadi keluarga kita.. 
tapi kita boleh pilih siapa jadi pasangan kita 
dan siapa jadi kawan kita 
nak jadi lawan pun boleh! 

Alkisahnya, Allah sedang uji saya dengan nikmat cinta seorang lelaki
hubungan kami disandarkan melalui orang tengah dan sms bila perlu
dia melalui emak dan pak ciknya, dan saya melalui abah saya
kedua keluarga dah berjumpa
dan perancangan untuk berkahwin dah dimulakan.. 
(doakan kami ya!Penyatuan yang penuh barakah dan membawa sakinah, mawaddah dan rahmah!) 

apa yang saya gusarkan. 
despite all the precautions, 
i can feel myself getting hook line and sinker. 
i fall down hard!

berulang kali perlu ingatkan diri. 
he's not mine
never mine to begin with
just truly a gift from The Most Merciful
Dia yang patut aku sayang
Dia yang patut aku damba-dambakan

teringat pesan Yasmin Mogahed dalam bukunya Reclaim Your Heart - 

Love the Giver not the gift then you will be given. 




jodoh ajal maut adalah urusan ghaib yang hanya Al-Haq sahaja yang mengetahui. 
syukur amat atas kurniaan yang Allah beri ni.
biarpun kami x berkahwin lagi, 
namun after all much trial and errors with another man before him, 
i realise Allah really did give you the best, 
that He really is The Most Wise, 
that He really is The Best Planner, 
and He gives with so much loves and mercy that truly if we think about it, 
there is nothing that we should do except Praise Him and do what He likes. 

since doa is our most powerful weapon, 
and unsaid prayers for loved ones is makbul, 

please please please everyone... 
pray for us. 
pray that this union (insyaAllah) will bring us closer to Him
pray that this union will be fruitful with much mercy and affection. 
pray that everything goes well and paves with barakah. 

May He bless us all. 

jzkk 
baiz.  




 

 


12 December 2014

kenapa saya pilih UM


bagi yang belajar di Malaysia, pasti anda pernah dengar phrase ni: 'kalau nak buat masters, jangan buat di UM'. dan inilah ayat yang acap kali saya dengar, seolah-olah macam dah jadi satu stigma yang menakutkan.

UM tough, kerja banyak, tak ada masa nak belajar.
UM tough, passing rate minimal. 

eh.. iye ke ni?

alkisahnya, saya adalah salah seorang 'mangsa'.
i've heard of all this prejudice statement ..
but despite all that .. i still choose UM.
and i did it in a heart beat really.
i dont even ask for other university
i simply keep my foot down on this.

the reason?
hanya semata-mata kerana ADA RAMAI AKHAWAT DI SINI.
itu saja sebabnya.

my hardworking sisters is here.
my family is here.
my anchor is here.
my strength lies with them.
and therefore, HERE I AM> alhamdulillah.

sesungguhnya perancangan Allah itu lah yang lebih baik.
alah bisa tegal biasa.
sibuk dan stress tu biasalah.
X ADA BENDA YANG SENANG DALAM DUNIA NI,
you have to work for it. 
be it work hard. or work smart. 
Allah beri sama rata 24 jam kepada semua orang.
ultimately, its not about how much work you have, but really its how you manage your time and prioritise. 

saya ada seorang classmate ni, setiap hari berulang-alik dari Melaka (lebih kurang sejam setengah) untuk datang ke UM. nampak macam lebih sedikit masa kan berbanding kami yang lain.
tapi he's one of the top student in my class. 
assignments always finish earlier than the rest. bukan sehari dua awal tau. tapi seminggu awal! dengan kualiti yang bagus lagi.
sempat aje belajar, and he's respond well in class too. 
mereka boleh buat, kenapa tidak kita?

ya.. memang keupayaan dan kebolehan masing-masing x sama.
but nobody asking you to do it alone.
bersatu kita teguh
bercerai kita roboh.

sebetulnya, belajar di UM mengajar saya banyak benda.
be it academically, professionally, or spiritually. 
time management. 
stress management.
family boot camp. 
believing in yourself. 
believing in others. 
taking everything in stride and keep pushing for the best. 
keep on improving.
going forward. 
work hand in hand with your brothers and sisters. 
and share the JOY and PAIN with them. 

insyaAllah, the world is yours to take. 

apa sekalipun, pulangkan segalanya pada Yang Maha Berkuasa.

and dont let such a petty excuses stop you from relishing your full potential! 

my point is: 
datanglah UM. hehe. ^-@
jangan risau,
Allah takkan beri kita sesuatu yang kita tak mampu.
give yourself some credit. 
you are way much stronger than what you think you are. 







05 December 2014

bad week? really? or is it just bad thoughts?


minggu ni saya penat sangat. 
penat badan yang diletihkan berkali ganda oleh hati yang 'penat' 
alkisahnya, perjalanan hidup saya dari hari jumaat agak 'menarik'. 
its one after another. 
take deeeeeep breath. 
i'm gonna tell you what happened. 


kereta 'sakit'--berhenti tepi jalan malam-malam buta--turun naik kereta kawan 2x untuk sampai ke destinasi tujuan--balik ke rumah keluarga petang esoknya selepas kereta disahkan tak ada masalah utama oleh Doktor Honda--dapat panggilan dari Perlis sepupu rapat tiba2 pengsan, koma dan nazak di ICU (orangnya baru 19 tahun, sangat sihat dan baik budaknya)--- rushing balik ke Perlis (balik hari)---sakit perut dan cirit-birit pulak lepas balik dari perjalanan jauh---mood yang dah merudum jatuh lagi jatuh dengan homework berganda... bukan 1, bukan 2, bukan 3... tapi berbelas-belas! ---- and final exam is just 3 more weeks!!! ------@-@  

and for the first time ever, i missed two class intentionally. 
masa tu saya bagi alasan tak sihat sebab diarhea and all.. 
but deep down, i knew.. 
its all just in my mind. 
its all psychological babe. 

sungguh! 
i need to keep chanting: 
PULL YOURSELF TOGETHER BAIZ, 
KEEP YOURSELF TOGETHER. 
YOU CAN FIGHT THIS. 
dan istighfar banyak2. 
istighfar dan terus istighfar. 

Allah uji sikit aje.. dah ketar lutut semua. 

my best method is, i always need to take a breather. 
get out from the system for a short while. 
(selalunya saya akan pergi trekking, sembang dengan kawan rapat, or paling tidak pun.. just duduk diam and collects my thoughts
reflect and revisit the experience. 
do i really get nothing out of it? 
do i really suffer? 
is it really a bad things? 
OR IS IT JUST BAD THOUGHTS? 

true enough. 
i start to see the silver lining. 
start to realize the wonder of it all. 
start to notice that Allah do help me along the way. 
that i have good friends that do concern about me
that i never really alone in all this
that He really give nothing except what is best for you.. 
subhanallah! 

# masa kereta rosak ---
1) rosak di KKB, tempat yang penuh dengan orang2 yang saya kenal dan tak lokek membantu. Allahuakbar! 
2) and what are the odds of having your old friend passing by at the exact time and helping you out of what could be a somewhat dangerous and sticky situation? right? Allahuakbar!
3) pergi Honda -- kereta saya x ada major system down. perlu tukar bateri dan buat engine maintenance je. Allahuakbar! 

# balik Perlis -- sapa lah tak sedih saudara sendiri jadi macam tu.. masa saya sampai, dia dah disahkan brain dead, dan saya kena bantu yakinkan pak cik dan mak cik saya untuk 'lepaskan anaknya pergi'. sebak dada masa tu Allah saja lah yang tahu. dan lagi sedih sebab ini kali kedua anak mak cik saya meninggal pada usia muda. NO CHILD SHOULD DIE BEFORE THEIR PARENTS. 
1) sekurang--kurangnya Allah senangkan dia pergi. ramai orang mendoakan kebaikannya dan mereka ada peluang untuk mengucapkan selamat tinggal. goodbye is the closure for the living. 
2) mujur juga dapat berita awal.. boleh jadi wakil temankan abah balik ke Perlis. memandangkan kami sahaja kelurga yang duduk jauh, dan mak cik ni pun pernah jaga saya masa kecil, i wont feel nice not coming back and give my support to them. 

kerja rumah yang bertimbun-timbun tu.. 
saya siapkan satu persatu.. 
tinggal 7 saja lagi! alhamdulillah =) 
Allah pun dah kata..  
kalau tak tahu, tanya lah pada yang tahu! 
kita ni tak boleh hidup sorang-sorang. 
accept the fact that you need help every once in a while. 
accept it graciously. 
and thank them well. 
Hanya Allah jualah yang mampu membalasnya. 

untuk adik-adik dan keluarga, 
minta maaf yang tak terhingga kerana tak dapat menunaikan hak sebaik mungkin. 
time management masih tak tip top . 
T_T 

la hawla wala quwwata illa billah. 





keep strong ye semua, 
its all just in your head. 
gotta defeat yourself first
and only then you can defeat others. 


salam rindu, 
baiz. 






11 November 2014

bila badai setinggi gunung menimpa...


Allah jadikan setiap sesuatu itu berpasangan.
sangat cantik aturan-Nya.
malam dan siang.
bulan dan bintang.
gelap dan cerah.
syurga dan neraka.

setiap sesuatu ada maksud dan tujuan.
dan setiap sesuatu itu adalah rahmat untuk kita hamba-Nya yang pandai bersyukur.

resmi kehidupan, ada pasang surut.
ada masalah dan ada resah.
ada gembira dan ada bahagia.

persoalannya,
what will you do when you are in neck deep of trouble? 
almost everything suffocates you.. 
and you feel like each step you take just drag you down more? 

apa anda akan buat apabila badai setinggi gunung menimpa???

everybody in this world have their own battle to fight. 
each and everyone of us have something worth fighting for
and will continue to do so with every breath that we take. 
for me, the real question will be, WHY DO IT ALONE? 

sendiri umpama mati.
umpama diam menunggu tenggelam.
umpama membatu membisu layu dan melesu.

jangan!
di sinilah nampak cantiknya Islam.
mudahnya Islam.
dan betapa gahnya Islam.

alkisahnya, saya dan batchmate MPH yang lain agak tertekan dengan kerja rumah yang setinggi gunung. bertimbun-timbun! tambah pula dengan exam yang mendekat..
paperwork yang gagal perlu ditulis semula.. (cuma 5 orang dari 35 classmate saya yang lulus.. passing mark for the assigned paperwork is 80, and i got 75!)
n the dateline is just so near! MasyaAllah. x bernafas rasanya!
ada kawan-kawan saya yang begitu stressed dengan kerjanya sehingga terkeluar dari mulutnya.. "now i understand why the divorce rate is so high during masters.." 

nauzubillahi min zallik.
apabila iman setipis kulit bawang dan tiada pergantungan kepada Allah Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mengetahui, Yang adalah sebaik-baik Perancang, Yang Maha Bijaksana, Yang Maha Memberi Rezeki..maka inilah jadinya.

dalam surah Hud, ayat 38-45, menceritakan kisah Nuh membina bahtera dan membawanya belayar menyelamatkan penghuni dunia yang beriman bersama pasangan binatang.. dan suprise suprise! 
"... dan bahtera itu belayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung.. "
Nuh mengajak anaknya naik bersama tapi pelawaannnya itu ditolak. anaknya mahu mencari perlindungan di gunung lain. and ultimately, he dies together with his ego. 

bila anda rasa sesak kelam gelisah.
go back to Him
ask Him to give you strength and guidance. 
follow His lead. 
and praise Him in every single step you take. 
and then you'll see that there is no such things as impossible. 
it may look hard. 
hell, it may feel like hell too. 
but, as long as you have Allah. 
nothing can beat you up. 
why can they? when you have the Most Powerful on your side. 
dont you just feel secured and reassured? 

i dont know about you. 
but I AM. 

subhanallah!
Allahuakbar!
Thank You Allah. 
For Everything. 




#doakan Allah permudahkan segala urusan kami,

   

31 October 2014

to gain strength for the day

remember this and reinforce it every single time you're in difficulty.

if Allah brings you to it,
then He will brings you through it.

no questions asked.

la haula wala quwwata illa billah.


30 October 2014

can't stop the fight


suspecting something about yourself and hear it confirmed to you out loud is two very different things. especially if its bad news. said over lunch. in front of your other colleagues.
and truly, it rob me of my appetite today.

a small talk between me and my table mate over lunch suddenly providing me with a diagnosis of PCOS. its not life threatening, however there is no cure for it except managing the symptoms.

innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Mungkin masih tak cukup lagi pergantungan saya pada Dia.
Mungkin masih ada lagi sekelumit rasa dalam diri ini yang tidak mensyukuri pemberian-Nya.
Mungkin masih kurang lagi penzahiran ibadah saya pada Allah baik secara lahiriah ataupun batiniah. dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang lain.

Apa yang bagusnya,
'nasihat mahal' yang saya dapat tadi percuma.
bukan senang nak dapat consultation dengan O&G specialist macam tu.
biarpun kata-katanya pedih dan menyakitkan, ultimately its for my own good.
its for me to really actively look after my own health.
my body weight to be precise.
well, at least i'm working hard on it.
maybe not hard enough, but I'M ON TRACK.
both literally and figuratively.

coming from a renowned hardcore expert like her, no second opinion needed. dan saya pun dah lama terfikirkan kemungkinan saya ada penyakit ni tapi tak berani nak confirmkan. bila fikir-fikir balik, dia tak untung apa pun dari kata-kata dia tadi. but i gain nothing but goodness with a little pinch of salt. Allah lah sebaik-baik perancang dan pengatur kehidupan.

 there is no true cure except Allah the Almighty.
and really, i'm gonna take this as the push that i need to stay strong.
Allah takkan berikan kita ujian yang kita tak mampu tanggung. sekurang-kurangnya, untuk saya, Dia berikan PCOS saja, bukannya kanser ataupun penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya.
Dia Maha Mengetahui. Dan Dia Maha Berkuasa atas segalanya.

apa sekalipun, LIFE MUST GO ON.
hidup mesti bermanfaat.
bukan setakat pada diri sendiri tapi juga pada ummah.


usaha dan tawakal baiz!
dan banyakkan doa.
insyaAllah, kau boleh!


26 October 2014

bercinta dengan Allah


Dalam setiap lembaran al-quran yang diturunkan kepada kita, anda perasan tak betapa banyaknya contoh-contoh dan ayat-ayat perumpamaan yang di dalamnya Allah ceritakan tentang alam, be it animal, plant, the sea and even the shadow itself. Tak terhitung! 

Malah, Allah tekankan lagi, betapa perlunya kita buka mata, telinga DAN hati untuk meneliti dan menghayati setiap kelumit hidayah yang Allah datangkan dengan penuh rahmat dan barakah ni. andai kata lah, kita ni betul-betul guna pancaindera yang Allah bagi kat kita ni.. there will be no such things as Allah tak bagi hidayah lagi! Bagi siapa yang mengenali Yusha Evans, seorang penceramah bebas yang sangat best, saya suka nak kongsikan kisah perjalanan dia dalam mengenali islam.

Katanya (Yusha Evans): " if really quran is the book of God, there's no need of you to preach to me about what is is, let the book speak for itself." Yusha menolak pelawaan imam masjid yang memberikan tafsir quran kepadanya untuk diceritakan tentang apa quran itu. Dia cerita lagi: " I read the book from the front. and i was astonished to see that the first sentence is -by the name of Allah, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL-". He said that is because most other holy book (of other religion) will start by praising how STRONG or how POWERFUL their God is, while islam starting with Gracious and Merciful. Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Pengasih dan Penyayang. islam strike him first as a religion that bring HOPE and MERCY to its follower. 

FEAR can cripple your body and muddle your head, whereas HOPE bring forth the best in ALL of you, by remembering there is always forgiveness and goodness in the end, that no matter how bleak the situation is, there is always a way out of it. 

HOPE vs FEAR. who do you think will win? 

okay. sambung cerita. 
Then, pak cik Yusha Evans ni kata dia terus skip ke surah seterusnya. 
Al baqarah. Sapi betina. 
"Alif Lam Min. Whats the meaning of this?" 
Dia pun agak skeptik dan sangsi dengan al-quran. Betul ke buku ni? 
Ini ke buku yang dikata-katakan bawa petunjuk dan rahmat ke seluruh alam? 
(yes.. he did his own research despite he's saying no to tok imam just now)

then come the next sentence. 
- this is the book that THERE IS NO DOUBT IN IT-. 
terus dia rasa diri dia bagai tertampar. . 
Yusha cerita lagi.. mungkin ayat ni ditulis oleh sapa sape.. who knows right? 
then dia pun flip lagi. 
Random selection. 
still in al-baqarah. 
and BAM! 
next line, ayat 23: -And if you have doubt as to that which We have reveal to Our servant (al-quran), then produce a chapter like it and call your witnesses besides Allah if you are truthful-. 

MasyaAllah. 
memang KO terus. 
Yusha cerita. lepas tu dia terus jumpa balik tok imam yang beri dia tafsir al-quran tadi dan terus peluk islam. 
Kita? 
Apa cerita kita? 

Kalaulah orang kesayangan kita hantar surat kepada kita tapi tulis dalam bahasa yang kita tak faham, agak-agaklah kan.. macam mana agaknya usaha kita untuk memahami apa yg kekasih kita tu tulis untuk kita?? cuba sedaya upaya kan?? 
Then macam tu lah patutnya kita buat dengan al-quran juga. 
bukan sekadar tajwid. 
tapi fahami maknanya, ambil tahu kisah di sebalik turunnya ayat tu

barulah boleh bercinta dengan Allah! 

tak kenal maka tak cinta. 
tak faham maka tak guna lah. 

kita umat islam ni sangat bertuah actually. 
boleh mengadu dengan Allah bila-bila masa. 
24-7 talian hayat open. 
nak guna apa-apa bahasa pun boleh. 
nak menangis minta dengan Allah pun ok. bahkan digalakkan lagi. 
Malah, Allah siap dah bagi appointment siap-siap dengan kita. 
5x sehari. siap ada reminder lagi setiap kali nak jumpa (azan). 
agama lain ada?  

so, jom! 
tadabburi al-quran dengan jiwa seorang pencinta, perindu, dan hamba yang setia. 

then you'll see how it transform you. 
from within. 
seperti apa yang terjadi pada para sahabat sewaktu tersebarnya islam. 


learn from history my dear. 
learn and feel. 



09 October 2014

anda nak tak tiket FOC?


bagi setiap jiwa yang menagih kasih, 
bagi setiap jiwa yang mengharapkan dirinya dipandang dengan penuh sayang, 
bagi setiap jiwa yang merindui ketenangan,
bagi setiap jiwa yang ingin berubah, 
bagi setiap jiwa yang mahukan kedamaian. 

akan sampai suatu ketika, anda akan tertanya-tanya, 
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?
anda buat itu.. anda buat ini.. 
tapi jauh di relung hati anda, 
you know there's something missing.
something wrong somewhere..
that you feel incomplete. 
restless even. 

pernah tak? 

jika ya.. 
maka berbahagialah anda kerana itu tandanya hati anda masih hidup
bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang pada diri kita untuk mendekati-Nya
dan bergembiralah kerana anda masih tergolong bersama mereka yang Allah cintai. 

jangan kita persoalkan.. 
kenapa mesti aku yang diuji?
kenapa ujian aku begini?
kenapa jalan hidup aku begini? 

JANGAN SAYANG JANGAN! 

Setiap ujian itu Allah gunakan sebagai penapis mujahid mujahidah-Nya
Dia tak pernah perlukan kita
sebaliknya kita yang kerdil lagi lemah ini sangat-sangatlah memerlukan Dia
syukurlah yang tak terhingga andai biarpun badai demi badai menimpa, anda masih di sini. 
anda masih bersama dengan mereka yang ikhlas bekerja demi agama-Nya. 
biar tersungkur, tergolek, terjunam dalam lembah lumpur dalam nan busuk sekalipun.. 
namun anda masih bisa berdiri. masih bisa menadah tangan menangis pada-Nya. 
dan percayalah, kerlipan sinar anda itu terlihat gemilang 
terpancar hingga ke langit tujuh. 
moga itulah yang tertulis untuk kita insyaAllah

maka, 
di setiap jemputan kecil yang Allah berikan pada kita.. 
jangan tolak biar sesibuk mana pun anda. 
jangan dok mencari alasan untuk mem'benar'kan keuzuran anda. 

ingat ni:
JIKA ANDA TIDAK SIBUK DENGAN URUSAN-URUSAN BESAR, MAKA ANDA AKAN DISIBUKKAN DENGAN URUSAN-URUSAN REMEH. 
dan takutlah anda andai jemputan itu adalah jemputan terakhir untuk kita. 
tak dapat nak dibayangkan betapa ruginya dan sedihnya andai di pengakhiran hidup kita, kita tercampak ke lembah kehinaan yang mana Allah tak mahu pandang pun kita.. 
T_T.  fuisy. takut!!! 

teringat surah at-Taubah ayat 41: 
"Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". 


so, apa tunggu lagi? 
Tiket dah dihulur ke tangan anda
sambut dan langkahkan kaki. 
naiklah ke atas gerabak yang sedang bergerak laju itu. 
bergeraklah! 
bak kata seorang akhawat: 
ubah lelah menjadi lillah!! 
chayo!!! 






08 October 2014

berdua lebih baik?


Sungguh, perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik! Senario Allah lah yang paling indah.
Jangan takut untuk meminta dan berharap, Dia pasti akan datangkan. Kena pada masanya, bahkan lebih baik lagi dari yang kita harapkan.
there really is no coincidence, only hikmah and beauty in His will. 

Al-kisahnya, saya kini sudah lebih sebulan bergelar pelajar di Universiti Malaya dan tinggal bersama 6 mujahidah lain di RIA, satu nikmat yang subhanallah.. tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata. Sebelum saya menjengukkan kaki ke UM untuk Masters in Public Health, ramai senior lain yang saya jumpa dok menakut-nakutkan saya tentang Public Health in UM. Kata mereka, susah nak pass lah, passing marks lebih tinggi lah, lecturer strict lah.. dan macam-macam lagi. To be honest, the only reason why i choose UM  was because i heard that there are a lot of akhawat in UM. Cuma itu sahaja yang saya mahukan. Support system with tarbiah. dan bila saya dah masuk belajar, masyaAllah. Terbaik! Batchmate saya semuanya hebat-hebat belaka, penuh dengan ilmu dan tak lokek berkongsi pengalaman. We work really well with each other. Bila anda bersama dengan mereka yang hebat, secara tak langsung, anda pun akan jadi hebat sekali. You adopt and adapt. Lecturer pun ok. Strict with attendance and assignments, but that to be expected. Masters student what.. Kan? all in all, life is good. Nothing for me to complain.  






Berkenaan kisah bagaimana saya dapat masuk ke RIA, itu pun penuh dengan onak durinya. Biasalah, doktor, single, independent, duit gaji banyak tak luak-luak, mestilah nakkan tempat yang selesa kan? Yang parkingnya berbumbung kalau boleh, biliknya besar dan ada privacy, dan paling penting sekali dekat dan mudah untuk ke universiti. Saya pun book lah satu bilik di Vista Angkasa thru seorang akak ni. Bila bermesej dengan dia, masyaAllah, baik saja bunyinya, Siapa sangka, orangnya kaki penipu! habis duit saya disonglapnya. Bayangkan, anda dah berjanji nak jumpa dengannya, dan duit pun dah dibank-in rm1000+, dia biarkan anda tunggu lebih sejam di tengah panas (dan dalam pada menunggu tu.. ditakdirkan Allah ada seekor burung tercirit pula kena tepat pada smartphone anda..) dan orang yang anda tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Mesej tak berbalas, phonecall tak berangkat.. senyap membisu sahaja. Akhirnya gambar di wassap profile pun hilang begitu sahaja. Masa tu, Allah saja lah yang tahu apa yang saya rasa masa tu.

Tersentap saya dibuatnya. Terfikir apalah dosa yang aku dah buat hingga Allah nak uji sedemikian rupa. Masa tu, saya teringat pesan seorang senior akhawat, bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, jangan mohon doa keburukan untuk mereka yang menganiaya kita tu, tapi sebaliknya mintalah kebaikan untuk diri kita sendiri.

Bila jadi macam ni, saya selalu akan counter balik dengan muhasabah.
Duit boleh cari lagi.Mujur juga nilai duit yang ditipu tu bukanlah tinggi sangat bagi saya. Saya anggap ia sebagai kafarah dosa,
Pengalaman ditipu itu pun biarlah jadi pengajaran, jangan mudah sangat untuk percaya apatah lagi bila berurusan di alam maya!
Tang kena najis burung tu, ok lah,boleh lap dengan tisu lembap saja. Sekurang-kurangnya tak jatuh kena tudung/muka. Kan lagi haru gitu?

In the end, saya pujuk diri istighfar banyak-banyak.
dan saya pintakan pada Allah, kurniakan saya rumah sewa yang jauh lebih baik dari ini, yang ahlinya solehah dan musleh, yang di sana saya akan lebih tsabat dalam islam, dan akan lebih maju lagi dalam hidup dan kerjaya.
Dan MasyaAllah, tak sampai sehari, Ummi berikan saya maklumat tentang RIA, n boom! I'm here. 






Sungguh, permulaan hari dengan solat subuh berjemaah, makan malam bersama, tawa tangis bersama. Baru sebulan di sini, tapi saya dah anggap mereka seperti keluarga sendiri! Keluar sekejap pun dah rindu! kami berlainan karakter tapi saling melengkapi. 
I really did achieve more here than i could ever imagine if i'm in someplace else. 

Maka, kesimpulannya:
Bersama itu menguatkan!
Bersama dalam tautan kasih Allah lebih mendamaikan.
Bersama dalam ketaatan, itulah nikmat cinta terhebat.

Akhir kata,
if you want to walk fast, walk alone.
if you want to walk far, WALK TOGETHER.


with love,
baiz =)

07 October 2014

bergerak seiring dengan masa!

subhanallah!
cepat sungguh masa berjalan.
jangankan kata nak 'mengejar' masa, nak bergerak 'seiring' pun mungkin x tercapai rasanya.
entah macam mana, Allah gerakkan hati dan tangan saya untuk kembalik menjenguk laman sesawang yang sudah pastinya bersawang ni.. T_T.
how fast time flies!
and it feels so good to have a place where you can revisit your old self.
refeel that energy.
relive that moment where you want to do nothing except moving forward towards Him.
your One and Truly THE SAVIOUR.
All this time that i lose trying to discover myself, in truth all i did is just finding Him again and again. (terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Terima kasih yang x terhingga kerana masih sudi memandang hambaMu yang sering leka dan hanyut ini.. TT-TT)
And gaining back the strength to stand and move yet again, despite all the circumstances that keep pulling me back.
Iman itu sifatnya turun dan naik. Dan hati itu berbolak-balik seperti air panas yang sedang menggelegak. Begitulah diri kita saban hari.

Fast forward 2 years.
October 7th 2014.
Here i am.
Writing another piece of me.
Finding back the lost pieces.
RUNNING BACK TO HIM.

# masa menyaksikan saya masih solo.
sekarang saya masih lagi seorang doktor.
Doktor yang diberi peluang untuk memajukan dirinya dengan segulung ijazah sarjana perubatan kesihatan awam (insyaAllah..doakan saya ye..baru sem 1)
and the best part of it is living with 6 other sweet and lovely angels who done nothing except reminding me of how womderful living under His guidance is.

and so,
bismillah.
i hereby inviting you to be with me.
lets embark on this wonderful journey of life together.
lets remind each other that every single moment counts.
every du'a is answered.
and He knows best.

rabbuna yusahhil alaina.

see you next entry, insyaAllah.


with love,
baiz =)


  

27 October 2012

erti hidup pada memberi!

Subhanallah. Maha suci Allah.
Benar sungguh kata Allah. Manusia ini sifatnya pelupa.
Ayat yang sering kali saya lafazkan.. malah dibuat video khas untuknya pun. Namun mash juga di'ter'lupakan.

ERTI HIDUP PADA MEMBERI!!

mana silapnya saya? Kalau tidak menerima, manakan mungkin memberi, iye tak?? Langkah jatuh bangunnya seorang hamba itu sewajarnya membawa dirinya lebih dekat, lebih rapat, malah lebih-lebih cinta lagi kepada Sang Pencipta.

Saya bertuah Allah kurniakan keluarga yang ramai: di KL, di Rusia, di Taiping, di Perlis, di Kuala Kubu Bharu.. mungkin nampak saya keseorangan di sini (kekal solo), tapi tidak kurang kasih-Nya. Dia hadiahkan keluarga yang barakah yang sentiasa mengingatkan saya tatkala saya alpa.. jazakillah semua.. =)

Balik dari program di bukit beruntung lewat malam ini, hati rasa tersentuh dengan kesungguhan usrahmate menemankan sehingga ke depan rumah, siap buat double take untuk pastikan saya selamat masuk ke dalam rumah.. huhu. Allah jualah yang membalasnya.. (jalannya gelap-gelita, kami naik dua kereta berasingan. Saya solo, ustazah dengan suaminya kereta lain).

Inilah asas ukhuwah yang didasarkan pada iman dan aqidah.



..."dan Dia lah yang menyatukan hati mereka (orang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka... " {Al-anfal surah 8: ayat 63}

esok ada program derma darah di Btang Kali. tak sabar nak join!! (asalnya nak join sbg ahli bukan medical.. tapi kata umi, alang2 dah ada title tu, gunakanlah sebaik-baiknya. InsyaAllah umi!!)
i'm going as Dr Baizura tomorrow.
me and my cute sthetoskope. (sewed a smily soft and small orange teddy bear to the front of my black sthetoscope to make me appear warmer to kids.. sorry no picture to upload for you guys to see) ^_@ 

18 October 2012

family time =)

alhamdulillah.. syukran.. ya busyra.. ya ghulam... ^_@
penantian setahun telah membuahkan hasil.
akhirnya biji benih yang ditanam dapat juga bertunas melihat alam =)

15hb Oktober yang lepas genaplah setahun saya di bumi Kuala Kubu Bharu.
banyak pengalaman suka dan duka yang saya dapat di sini.
jika diikutkan hati, memang dah lama terbang melayang surat pertukaran ke KKM ..
tapi Allah itu Maha Besar, Maha Halus, Maha Teliti kerjanya.
Kalau Allah tak beri kita sesuatu, ADA SEBABNYA.
tak perlu kita soalkan urusan kehidupan kita, Allah kan sifatnya Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Mana mungkin Allah biarkan kita terumbang-ambing bersendirian.. keseorangan tidak berteman.
Saya percaya jika hati benar inginkan petunjuk-Nya, maka Dia akan datangkan pada kita. Mungkin dengan cara yang tidak diduga-duga dek akal kita yang cetek ni.

Saya telah jumpa 'keluarga' baru di sini. Hari ni keluarga tercinta datang bertandang ke rumah kerdil saya di Taman Aarif ni. Solat jemaah isya' sekali. Saling tadabbur dan tasawwur surah Yusuf..
Subhanallah.. Besar manalah sangat dugaan yang Allah datangkan pada kita jika dibandingkan dengan mehnah-mehnah yang dihadapi oleh Nabi Yusuf.

Dari kecil, dibuang dan dianiayai adik-beradik sendiri (usia baru 12 tahun.. masih muda setahun jagung dalam meniti usia kehidupan), ditangkap dan dijual lalu dijadikan pula hamba abdi sehingga umur 20 tahun (muda remaja yang kalau kita mesti fikir nak seronok sentiasa), selepas itu digoda dan difitnah pula oleh Zulaikha... dan akhirnya dipenjarakan selama 7 tahun.

Setakat tercampak berkhidmat di Hulu Selangor, apalah sangat kan??? Bukannya takde manusia .. cukup serba lengkap pula rumahnya. Huh.. insaf insaf. Kata ummi: surah yusuf ni surah yang menjadi favourite ahli jannah. Walaupun ia surah Makkiah (yang sifatnya ayat-ayat keras dan memberi teguran/ancaman), surah Yusuf ni bahasanya lembut. Ceritanya sarat dengan hikmah, dirungkai Allah satu-persatu agar dapat menjadi penaik dan pembakar semangat Nabi Muhammad s.a.w yang sedang bersedih dek kewafatan Khadijah.

Nah!! Surat cinta terbaik!!!
Straight to the soul. T_T

jazakillah.
definitely the sweetest family time ever!!
cannot wait till we meet again ..


 


17 September 2012

melembutkan hati yang marah

kali ini saya diuji lagi.
sudah genap 5 hari Allah tarik balik nikmat suara dari saya.. T_T.
Tak teruk mana pun tahap kesakitan yang saya tanggung berbanding sakit kulit yang dideritai Nabi Ayub.
Setakat batuk-batuk, demam sikit dan hilang suara je pun.
Berbagai jenis ubat saya cuba, tapi suara saya semakin teruk. Dari ala-ala Rani mukherjee ke ala-ala mak nyah hinggalah ke katak puru dan akhirnya tidak keluar langsung... huhu.
Dengan suara yang hampir tidak keluar itulah, saya terpaksa juga buat oncall active di hari Sabtu yang sibuk. Mujur ada juga teman dan staff-staff seperjuangan yang baik. Mereka memahami dan biarpun masing-masing sibuk, ada kekangan sendiri, mereka masih datang membantu setakat yang terdaya.

Oncall active di district hospital: anda umpama panglima perang di padang pasir yang gersang, mengempalai sekumpulan tentera kecil yang lemah menghadapi segerombolan askar yang bilangannya 2-3 kali anda dan lengkap dengan segala macam helah yang boleh 'membunuh' anda bila-bila masa saja. Anda perlu bijak mengendalikan suasana yang semestinya kelam lagi kabut, dan tangkas bertindak biarpun anda jua keletihan dan kelesuan, serta dalam situasi yang serba tidak mencukupi. TIDAK ADA ALASAN UNTUK ANDA BEREHAT. Jika komander perang terkorban, agak-agak apa jadi pada anak-anak buahnya??

Alangkah bahagianya jika ditakdirkan pasangan oncall anda memahami keadaan anda dan dia sebagai orang kanan anda, cuba untuk memastikan perjalanan batalion anda terancang rapi dan bijak mengendalikan apa jua masalah lain yang dilontarkan padanya.. Well, life's not that good. I'm sick, cant even utter a word even to the staff let alone clerking endless patients and referring countless number of cases through the phone ALL DAY, and he still wont help me even though i'm sincerely asking him for help (more than 2 times). thanks to him, i have to bother quite a few people including boss.

Allah itu Maha Besar dan Maha Luas Nikmat dan rahmat-Nya. Through this incident, i've gain more experience equipping me for life. NOW I KNOW WHO'S FRIEND AND WHO'S NOT.

Dalam juga marahnya saya pada dia. Bila balik rumah abang, kebetulan saya baca satu majalah ni: ayatnya ringkas saja:

 "Anda sedang menyimpan kemarahan pada seseorang? berilah kemaafan padanya. Anda akan lebih bahagia dan lega kerananya. Memberi maaf itu adalah ubat yang paling berkesan untuk merawat hati yang sedang sakit. tak kira bagaimana teruk pun keadaan yang kita alami, berilah kemaafan kerana ia mampu menjadi ubat percuma yang sangan besar kesannya.. "


Kata diri tu umat nabi Muhammad s.a.w. Kena uji sikit saja dah melatah.
Betapa banyak nabi yang berperang didampingi sjumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpanya di jalan Allah, tidak patah semangat dan tidak pula menyerah (kepada musuh). DAN ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SABAR.
saya percaya sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Apa jua yang dia lakukan (dan mereka-mereka yang membantu menyenangkan proses dia 'lari' dari tanggung-jawabnya), itu urusan dia dengan Allah. Bagi pihak saya, yang penting biarlah apa jua kerja yang dipertanggung-jwabkan Allah pada saya, saya dapat lakukan jauh lebih baik dari yang dipinta.


My motto:
I COME, I SEE, I IMPROVE.
THE WORLD SHOULD BE BETTER AFTER I'M IN IT.
I'M NOT DOING MY WORK BECAUSE I HAVE TO WORK. 
I'M DOING IT BECAUSE I'M LOVING IT. 




04 September 2012

selamat tinggal dunia...

petang semalam saya menerima perkhabaran yang sedih. 7 junior saya kemalangan sewaktu dalam perjalanan balik ke bumi Nizhny Novgorod: 2 orang ditakdirkan Allah sampai ajalnya, dan 3 lagi parah.. Innalillah.. saat begini, terasa pendek benar umur kita di dunia ni.. sekelip mata sahaja Allah boleh tarik balik nyawa kita yang sememangnya telah Dia berikan pinjaman sementara sahaja untuk kita. Moga Allah cucuri rahmat atas mereka dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..  (hadiahkan al-fatihah dan doa untuk mereka).

Saya masih sedih mengenangkan kehilangan 3 orang hamba Allah yang cemerlang kemanusiaannya sewaktu oncall saya 30hb Ogos yang lepas.. 2 daripadanya saya ikut sekali menghantar sampai ke liang lahad.. ikut sekali solat jenazah dan tahlilnya.(ditanam bersebelahan di perkuburan islam Kuala Kubu Bharu). lemah lutut masa itu.insaf sangat-sangat. terasa kerdil sungguh diri kita ni. masa berseorangan di dalam kubur itu nanti, barulah sedar betapa 'hebatnya' kita ini. Sudah banyak ayat-ayat Allah yang menceritakan bagaimana manusia nanti merayu-rayu minta dipulangkan semula ke dunia..katanya mahu beramal, mahu beriman, mahu manfaatkan usia hidup sebaik-baiknya. . Memang Allah itu Maha Pengampun, Maha Mengasihani, Maha Melindungi.. tapi jangan lupa Allah juga Maha Mengetahui dan Maha Keras azabnya. Cukupkah amalan kita jadi pelindung dan penerang kita di kubur nanti?? Adakah waris yang ditinggalkan cukup setia menghantar doa dan amalan buat kita nanti?? Nauzubillah... seram sejuk bila difikir-fikirkan..




Ajal maut, jodoh pertemuan semua di tanganNya.
Allah bekalkan kita dengan al-quran, hadis, as-sunnah.
Tajamkan akal, cerahkan minda, terangkan hati, buka mata dan telinga kita.
Maut pasti akan menjemput kita kembali menghadap Sang Pencipta.
Bezanya antara kita cuma lambat atau cepat saja...
tepuk dada tanya selera
masing-masing sudah terikat kuat janji dengan Allah sejak azali lagi
tinggal usaha saja lagi.
Ayuh!!!


10 August 2012

akhiran yang manis

Kelana mencari malam lailatul qadar membawa ku ke sebuah karya penulisan sahabat dari Indonesia.. lewat sayu bahasanya. Alkisah bagaimana seorang pria lulusan universiti yang hampir putus asa usahanya dek setahun menganggur, setiap jalan kerja yang dicubanya, ada saja dugaan yang mendatang.

Dipendekkan cerita, dari seorang yang berjurusan ekonomi, akhirnya terpancar rahmat Allah di lamanan penulisan. Dengan mata pena itulah dia mencari rezeki, dengan mata pena itu jugalah dia berdakwah lalu sampai ke tanganku di seberang laut ini.

Teringat saya pada monolog sang penulis tatkala dia benar-benar kecewa tidak dapat mencari kerja selain menulis.. itupun sekadar penulis laman jemputan sahaja pada mulanya.. tulis sang penulis: " menulis, menulis, dan menulis. Menulis cerpen. Hanya itu yang bisa kulakukan selama ini. Aku mulai berpikir, jangan-jangan inilah sebenarnya pekerjaan. Tempat aku membuktikan diri. Ladang amal saleh yang mungkin lebih baik daripada bekerja di kantoran (pejabat).." 

Subhanallah.. Maha Suci Allah. Terasa terpukul saya dek madahnya.. 10 bulan sahaja di sini, hampir-hampir mengalah saya dibuatnya. Asalnya mahu menjadi Emergency Physician, dek tekanan kerja yang terlalu duniawi, saya berputus mahu menukar ke bidang pentadbiran, mahu mencuba nasib di sektor kesihatan awam. Nyaris-nyaris menghantar borang permohonan master dalam public health.. tapi Dia juga yang menentukan. bagaimana kita lari pun, andai itulah takdir Allah yang ditentukan oleh-Nya untuk kita, larilah hatta ke lubang cacing sekalipun.. itu jualah kadaran yang tertulis untuk kita.

Di bumi Kuala Kubu ini, kerja saya melimpah-ruah.. tak putus-putus. Ada sekurang-kurangnya 5 projek besar yang saya pegang.meeting tak habis-habis.paperworknya MasyaAllah.menggunung!! tempoh lantikannya bukan calang-calang, sekurang-kurangnya 2 tahun.. kadang-kala geram juga, bukannya saya seorang saja MO di sini, malah ada yang lebih senior, kenapa tidak mereka?? mengapa mereka boleh senang-lenang bergoyang kaki (ada yang langsung tidak ada pertanggungjawaban) sedangkan saya berhempas-pulas di sini??

Tatkala ini, saya hanya berpegang pada janji Allah dalam surah al-Insyirah ayat 5-8 :
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. 
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. 
Maka, apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). 
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap... 

Entah bagaimana, kerja-kerja saya kebanyakannya menghala ke bidang pediatrik. Mungkin inilah jalan-Nya untuk saya. Saya akur dengan apa yang Allah rencanakan untuk saya. Sesungguhnya, saya yakin yang setiap apa jua yang dia datangkan pada kita adalah rahmat yang tidak ternilai harganya.. kata mahu mencari rezeki yang berkat!! jerih-peluh saya di sini moga-moga Allah datangkan ia sebagai akhiran yang manis buat saya di kehidupan dunia yang abadi nanti.Biarkan iblis memnagis kerana tidak berhasil memujukku jadi sang pengalah dan sang pengadu yang lemah... aminnn...

jadikan ini sumber kebahagiaanku yang tertunda.. 

...

30 May 2012

sit down my dear

Early in the morning, in the midst of referring a patient in the labour room, i've heard one of my senior staff voicing out her discontentment against some ill-treatment she received from her own superior: she voices it out in such contempt that my first automatic responts at that time was: "please sit down my dear.. or better yet.. go and lie down in the PE ROOM.." She smiled immediately..all further animosity died down almost as it never there in the first place. My thought at the most pressing time was to kill the ill feeling aura brought in by anger and resentment.

Little did i know, i'm gonna need the same advice myself later in the evening. A colleague of mine, whom i'll never thought of him as a tactless person, have proved to me again and again how despicable a human can be. Smiling contently in front of me behaving like i'm the next-best-girl-friend-in-the-whole-wide-world while in truth, he actually working diligently i might say, in tarnishing my reputation to those whom matters. T_T . Do not underestimate the true force of office politic!! 

MY HEART DOES BLEED.
BUT IT WILL HEAL.
I WILL NOT YIELD.
I REFUSE TO BE IN THE SAME 'LEAGUE' AS THEY ARE. 
LET THEM SEE HOW EXCEPTIONAL I AM.

Ya Allah, hindarkanlah aku daripada melakukan perkara yang zalim... T_T.
"Dan orang yang sabar kerana mencari keredaan Tuhan mereka, dan mendirikan sembahyang, serta menafkahkan dari apa yang kami berikan mereka, secara bersembunyi atau terang-terangan; dan mereka menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itulah disediakan bagi mereka balasan yang baik.." Surah Ar-Raad 13:23



24 May 2012

johan

a name so special for a boy who made me feel so grateful i have the chance to meet him.
a boy who's real name goes as Jonathan.
a chinese 11 years old patient of mine: who suffered from ADHD and BA. Two condition who never rendered him bound to the bed, at least not in spirit although occasionally he's too tired to move about.
a boy who are quick to speak his mind, difficult on the ears.. but a truth nevertheless.
a buddhist boy who by God's willing, recite multiple verses of Quran more fluent than the rest of us. He even knows the meaning!! Double shame on me.. Truly, education and environment is what makes us thick.
He's not that rich, but his heart is of a mountain of gold. Always giving gift and warm wishes to those whom he met. i've received choki choki from him. sweet right??
There was an episode where he goes missing. We're at loss where to find him. Last resort: policemen were called to help us find him before anything bad really happens to him. And guess where we find him??? In the mosque near the hospital.. Subhanallah. Indeed, Allah is worthy of all praise. The lesson i learnt from him alone is enough to bring halt to the knees.

As Allah said in  verse 7, surah al-Ibrahim: "If you give thanks, i will give you more. but if you are thankless, verily, My punishment is indeed severe.." T_T.

May He bless Johan. Hope to see him again as a muslim later on. InsyaAllah.

04 April 2012

greener grass



salam.
afwan lama-lama blog ni dah jadi macam public diary pulak.
bukankah bila menuding jari tu, yang paling dekat dituding kan diri sendiri?? (malah ada 4 jari lagi yang menghala balik kepada diri kita sendiri.. )Lebih kepada menasihati diri sendiri..

al-kisahnya, sudah jatuh ditimpa tangga, dilanggar pulak oleh bulldozer, kaki tangan patah, lepas tu rumah pulak roboh... macam tu lah perumpamaannya.. lepas satu-satu.. berat sungguh dugaan yang Dia bagi. penat menyudahkan kerja-kerja manusia lain yang tidak bertanggungjawab ni.pandang enteng dengan kurniaan nyawa yang Allah beri.a person can only do so much... kata seorang kawan yang baru saya kenal, manusia ni selalu rasa seolah-olah masalah dia saja yang besar. they always think the grass is always greener on the other side of the road which is not necessarily true.. huhu.. insaf insaf. Apa pun, i take it as boot camp for the withered soul. dari awal dah termaktub jalan tsabat itu jalan yang penuh onak durinya.

Dalam keadaan sebegini, timbullah perjuangan dalam batin. perjuangan yang amat hebat. Tarik-menarik di antara kegelisahan dan ketenangan. Jalan penyelesaian: Sabar!!! Tapi tidak boleh dipisahkan dengan solat! Ingat Dia. Hati kecil yang telah 'terkepung' oleh kegelisahan dan kekacauan itu harus dibebaskan dari kepungan itu. Lepaskan ia menghadap Tuhan: Allahu Akbar! Allah Maha Besar! Key pointnya::
  1. sabar dan solat, keduanya mesti sejalan.
  2. positive thoughts!! one of the key to happiness is also bad memory. we should learn from our mistakes but we shouldnt beat ourselves over them. learn what went wrong and why. make amends if you need to. then drop it and move on.


Jom!! KITA SIHAT TANPA MAKSIAT!!

12 March 2012

kufurkah aku??

ps: sedikit coretan hati yang sedih...

Minggu lepas adalah minggu yang sangat meletihkan bagi saya. Penat yang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata. Letih badan, sedih hati, merana jiwa... cukup perasa lah orang kata.

Sejak bergelar District MO di hulu selangor ni, baru kenal tinggi rendahnya langit itu. Buat pertama kalinya, saya teringin nak ambil EL, rasa ingin terbang jauh... lari membawa diri.. pergi jauh membawa hati yang lara.. huhu.

Alkisahnya, saya ada 3 complaint dari family members dalam minggu lepas sahaja, walaupun ketiga-tiganya verbal complaint so far, tapi entah kenapa hati ni rasa terguris amat sangat.. bukanlah diharapkan wang ringgit atau pujian menggunung, cukup sekadar mereka menghargai penat-lelah kita yang berusaha sedaya upaya menyelamatkan ahli keluarga mereka dengan kekal sihat dan menggunakan nikmat kehidupan mereka yang Allah berikan itu dengan sebaiknya... kita beri gula, mereka balas tuba pula... T_T. Selamatkan salah, tak selamat lagilah salah.. kerjaya sebagai doktor di malaysia sekarang ni bagai meniti mata pedang yang tajam.. duduk diam saja terluka, bergerak apatah lagi.. menitik darah tak henti-henti....

apa yang buat saya lebih ralat, sabtu malam lepas.. saya baru kehilangan seorang pesakit, MVA case: sustained intraabdominal injury and open fracture left tibai/fibula. Suaminya yang juga ada intraabd injury dah berjaya saya referkan ke selayang, yang si isteri ni.. kerana BP nya yang sangat rendah dan tak dapat distabilkan, walaupun HKL dah terima, tapi akhirnya dia meninggal di ED resusc (her BP still not picked up eventhough i'm resuscing her with total 10pint of fluids + 2 packs of blood + double inotrope). Her family lodged a complaint against me.. saying i'm not done good enough. As if i'm not doing anything for her. Not only them, i also cried myself to sleep because of her. I've really round whole selangor trying to refer her for surgical, ortho and ICU back up...

Setelah difikir-fikirkan, mungkin juga ini salah saya. Tak menggunakan nikmat yang Allah berikan sepenuhnya ke jalan yang benar. Lagha sangat dengan dunia kerja yang sememangnya memakan masa dan tenaga saya ni. Mungkin kerana saya acap kali lupa mengingatkan diri dan membetulkan niat... untuk apa sebenarnya aku kerja ni??

Dalam perjalanan balik, terdengar satu luahan ayat dari radio yang betul-betul sejuk mencengkam jiwa... katanya musibah itu jalannya jannah.. dengan musibah itu, Allah cuba mengingatkan kembali hati-hati yang lupa, yang lalai dan leka. Dengan musibah itu, Allah mahu kita sedar yang kita ini milikNya.. dengan musibah itu, semoga kita sedar yang Allah telah memilih kita agar jadi lebih-lebih baik lagi. Lihatkan pada yang tersirat.. jangan lihatkan pada yang tersurat.. T_T .

Murah sungguh air mata saya sejak seminggu dua ni. Cuba bayangkan, saya yang baru 5 bulan bekerja bersama orang KKB ni dah terasa frust dengan perangai mereka.. bayangkan betapa pemurahnya dan pengasihnya Ya Rabb yang masih kekal sudi memaafkan hamba-hambaNya yang masih derhaka sejak berzaman ni??? huhu... T_T

teringat pesan ustaz, asas islam itu berkasih-sayang. Apa jua perkara yang kita lakukan andai tiada rasa kasih dan cinta di sebaliknya, manalah nak meresap masuk dalam hati jiwa manusia yang keras ni?? Mengubati orang pun sama juga konsepnya.
Ampunkan aku Ya Rabb... semoga Kau sentiasa memimpin hamba-Mu ini dalam setiap langkah dan gerak-geriku.. berikan sinar dan petunjuk pada jiwaku yang lemah ini.. T_T

23 November 2011

good things of being an invalid

salam =)
I cannot illustrate to you how much in awe i am currently with what the Almighty have given me.. despite taken back my right hand function due to the simple boiling hot water incident to my dominant hand and thus rendered me invalid for the day, i've gain so much more!!

Just gonna brief you up a bit regarding my injury: i'm not really sure what really preceded the incident, just next thing you know, i'm driving as fast as i can using my left hand to my own hospital casualty..(which also not really 100% in good shape since i burned my left thumb too). after a jab of Voltaren(NSAIDs) and then step up to pethidine(opiod), i finally can laugh it off.

When your're in pain and in deep need of help, the reality struck hard. i've noticing how much more a simple act of care and thoughtful gesture means. it literally can bring you down to your knees! yesterday, i've received yet another devastating news regarding one of my loved ones .. leaving me forever without ever give me time to say goodbye.. T_T . The pains doubled and it feels right now like my heart bleeds through the agony of it...

All in all, i'm still gonna say its a wonderful day. Despite losing one right hand (literally), i've gain extra 4 pairs of right arm from my family and such BIG BIG LOVE from my staff and friends at work..and i get extra time to pray and reflect hard on myself now.. a superb gift don't you think? ^_^

lastly, just a bit of a famous literature for us to ponder upon:

i asked God for strength
He gave me difficulties
to make me strong.
I asked for wisdomand He gave me problems to solve
I asked for prosperity
And God gave me my body and my brain with which to work..
I asked for courage
And God gave me dangers to overcome
i asked for love
and God gave me troubled people to help
i asked for favours
and He gave me oppurtunities
i received nothing i wanted but instead
i received everything i needed....