Bismillahirrahmanirrahim.
Salam sayang untuk semua.
Afwan dah lama menyepi.
Seketika tenggelam.
Sudah puas tersedak air barulah berkesedaran nak naik ke permukaan T_T.
mujur masih mampu dikembalikan...
Saya sekarang di Emergency Department.. my last posting. Mujur perjalanan HO saya smooth and steady although i can't say the say for my 'other journey'. Sedar tak sedar dah 1 bulan saya di sini.. lagi 3 bulan insyaAllah selamatlah saya bergelar MO: new title which comes with greater responsibility and headache .. hehe. Tak pasti ke mana hala tuju saya selepas ini..
Sekarang kan musim orang bertemu jodoh dan menambah ahli keluarga.. bahagianya =)
dari kejauhan.. saya pun turut tumpang gembira.
semoga jadi isteri/ ibu mithali.
semoga dapat menambah lebih ramai pejuang agama Allah yang tsabat di jalan-Nya.
ps: ada sepasang adik2 kesayangan saya bakal jadi mempelai bulan ni ~~~~ tak sangka telahan saya tentang mereka ni akhirnya menjadi kenyataan.. tak sabarnye saya nak bertandang ke bumi keramat ~~~ hehe =P
sejenak saya terfikir (dan saya harap anda pun ada fikirkannya juga..)
siapalah agak-agaknya yang menjadi pemilik cinta kita..? PEMILIK CINTA KITA SETELAH ALLAH DAN RASULNYA???
untuk saya, nak meraih cinta Allah dan Rasul-Nya itu pun masih terkapai-kapai lagi usahanya, masih terumbang-ambing sasarannya, masih hitam legam taruhan jiwa yang menjadi korbanan..
manalah berani mahu dibicarakan pula soal cintanya hamba...
masih jauh lagi perjalanan ini.
bagi yang sudah ketemu kemudi, belayarlah terus ke destinasi penuh barakah yang telah Allah janjikan untuk hamba-hambaNya yang soleh dan muslih.
akhir kata: SELAMAT MENIKMATI CINTA HALALMU!!!
jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan memasukkan kecintaan ini ke dalam hati para malaikat.. Jika Allah membenci seorang hamba, maka Dia akan memasukkan kebencian ini ke dalam hati para malaikat, kemudian memasukkannya pula ke dalam hati manusia..
1 comment:
salam akak~
akak nak tau something tak..
SAYA RINDU AKAK!!!!
afwan banyak hak seorang akhawat terhadap akhawatinya, tak tertunai dari saya untuk akak
akak doakan kita dapat jumpa dalam barakah dan redha Allah :)
Post a Comment