Sudah terhantuk baru terngadah. Manusia macam ni lah sifatnya. Saya pun tidak terkecuali. Alhamdulillah, sayang Al-Khaliq itu masih ada buat saya (terima kasih Ya Allah). Sekolam air mata yang tertumpah minggu lalu tidak sekadar menjadi pembasah pipi semata. Musim kemarau hebat 'padang' hati saya nampaknya sudah sampai kepenghujungnya. Hujan rahmat telah turun membasahi hati yang gersang ini. T_T. Di mana silapnya yang menyebabkan kegersangan itu timbul??
Tak perlu pergi jauh-jauh mencari jawapan. Tepuk dada tanyalah jiwa. Letak punca segala masalah itu datang dari kita jua. Tanpa terasa, kita begitu boros dengan waktu usia. Tanpa terasa, kita kian jauh dari keteladanan Rasulullah dan para sahabat. Tanpa terasa, perlahan-lahan kita jadi asing begitu asing dengan islam. Tanpa terasa, kita tidak lagi dekat dengan Allah s.w.t. (huhu T_T. ampunkan daku Ya Allah). Kala lidah, mata, telinga dan hati telah kita bungkuskan dengan maksiat dan dosa yang tidak putus-putusnya, manakan mungkin hati bisa tersentuh dengan ayat2-Nya, manakan mungkin pentarbiahan kita dengan Allah bisa menjadi??
Maha benar Allah dalam firman-Nya:
" Dan janganlah kamu seperti orang2 yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang2 yang fasik."
{al-Hasyr : 19}
Di sinilah datangnya peranan sahabat2 seperjuangan. Kasih-sayang yang Allah tanamkan dalam hati mereka yang ikhlas mencintai-Nya. Tautan kasih yang sering kali kita ulang2kan dalam doa kita. Terima kasih duhai sahabat kerana mengingatkan diriku di kala aku alpa. Terima kasih sahabat kerana sudi berkongsi obor menerangkan kelam malamku. Terima kasih kerana masih tega menyayangiku. ^_^ (sori yer.. jadi puitis plak tetiba. tapi sungguh nih, jazakillah ya ukhti!!).
Selamat datang pagi!
Lihatlah pada siang ini...
kerana di sinilah kehidupanku
hidupnya kehidupanku.
Pada masa singkat inilah
ku temui berbagai hakikat keberadaanku =D
Inilah saat meraih nikmat
saat meraih cahaya kemenangan
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok adalah suatu fantasi
mengapa perlu murung berpanjangan?
mengapa perlu risau berserabutan?
Hari ini jika kau jalani ia sebaik mungkin...
bisa menjadikan hari semalam
sebuah mimpi yang indah
dan esok sebagai wujudnya harapan.
Maka duhai sahabat..
Bergeraklah!!
Lihatlah sesuatu yang baik pada detik dan ketika ini.
Sedarlah yang dikau ini bertuah
kerana masih merasa nikmat dari-Nya.
Maka wahai sahabat..
Bergeraklah!!
Inilah erti kesyukuran terbaik dirimu pada Tuhanmu.
^_^
Lihatlah pada siang ini...
kerana di sinilah kehidupanku
hidupnya kehidupanku.
Pada masa singkat inilah
ku temui berbagai hakikat keberadaanku =D
Inilah saat meraih nikmat
saat meraih cahaya kemenangan
Kerana kelmarin hanya tinggal mimpi
sedang esok adalah suatu fantasi
mengapa perlu murung berpanjangan?
mengapa perlu risau berserabutan?
Hari ini jika kau jalani ia sebaik mungkin...
bisa menjadikan hari semalam
sebuah mimpi yang indah
dan esok sebagai wujudnya harapan.
Maka duhai sahabat..
Bergeraklah!!
Lihatlah sesuatu yang baik pada detik dan ketika ini.
Sedarlah yang dikau ini bertuah
kerana masih merasa nikmat dari-Nya.
Maka wahai sahabat..
Bergeraklah!!
Inilah erti kesyukuran terbaik dirimu pada Tuhanmu.
^_^
2 comments:
Salam kak Baiz,,
Go! Go Kak Baiz!!!
Basyaa!!! hehe...
aslkm baiz..
jzkk for sharing..akak sendiri menerima pengajaran yg besar..
kene bersihkan diri!..
Post a Comment