08 April 2009

bersinar terang bak cahaya mentari...





Benarlah kata orang: tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Pada saya, seorang manusia itu benar-benar bertuah apabila dia mendapat kebaikan dari tuhannya iaitu apabila dia mendapat kefahaman dalam agama.

Apabila kita berpegang teguh dengan tali Allah ni, umpamanya kita ni seperti seorang yang gemarkan aktiviti rock climbing. Jalan memanjat ke atas itu sangat sukar. Latihan yang lama dan panjang diperlukan untuk sampai ke puncak idaman, dan ia tidak mungkin dapat dilakukan sendirian tanpa sokongan teman-teman. Dengan celupan Allah (sibghatullah) ini, kita umpamanya seperti ada double rope protection. Satu tali yang kita pegang untuk naik ke atas, dan satu tali yang menahan kita dari terus terjatuh.

Lepas SH Ahad tempoh hari, saya tersentuh dengan adik2 M2 yang ada beberapa orang di antaranya saya nampak bersinar terang bagaikan mutiara yang sangat berharga. Namun sayangnya, palitan lumpur yang menyelubungi mereka buatkan mereka nampak seperti kaca yang tidak berharga. Tapi, saya tahu dan saya sedar, mereka masing-masing sedang berusaha gigih, dan bulat tekadnya. Nampak ketara semangat ingin berubah. Hati mereka itu masih hidup dengan siraman taufik dari-Nya, terang bak cahaya mentari.

Tatkala berchatting dengan adik saya W, di sebalik segala kelemahan diri yang dia rasakan, saya katakan padanya, semangat berjuang perlu terus ada. Andai tidak ada yang mampu menyokong, teruskan langkah pada jalan ini, sekurang-kurangnya saya, kakaknya, dan juga Allah ada bersama di sisi. Apabila si W ni kata "alhamdulillah, dapat usrah saya malam ini.." hati saya rasa seperti hendak menangis. Lembut sungguh jiwa yang mencintai-Mu Ya Allah. Alhamdulillah kerana mengurniakan tangan yang mampu menulis ayat-ayat yang membawa hamba-Mu lebih dekat pada-Mu. Melihat semangat mereka ini, saya pun rasa saya tak boleh mengalah. Mahu jadi pejuang yang sentiasa mara ke depan. Mahu jadi pembela ummah yang setia. Mahu jadi srikandi yang kental semangatnya tapi lembut hati nuraninya.

Di sini, saya kepilkan sekali hasil nukilan adik2 M2 yang saya sayangi. Moga sinarmu kekal terang dan takkan padam lagi. insyaAllah!!

From where i Begun

i asked for strength
and Allah gave me difficulties to make me strong

i asked for wisdom
and Allah gave me problems to solve

i asked for prosperity
and Allah gave me brain and brawn to work

i asked for courage
and Allah gave me danger to overcome

i asked for love
and Allah gave me troubled people to help

i asked for favors
and Allah gave me opportunities

i received nothing i wanted
BUT i received everything i needed

back to your creator....


... salam sayang dari akak
untuk keluarga baruku di M2.

^-^

1 comment:

momo said...

salam ziarah,keep in blogging dalam menjadikannya wadah dakwah..