Showing posts with label learning... Show all posts
Showing posts with label learning... Show all posts

08 January 2008

Finding all the priceless truthful treasures deep within..


Akhirnya, sampai juga seru saya untuk menulis sambungan entry yang lepas.. memandangkan kita ni makhluk Allah yang bernama MANUSIA maka saya mulakan dengan kisah manusia lah k.(ps : saya ambil ayat contoh sajalah k. nak tulis semua macam banyak sangat pulak..)

  1. kisah penciptaan manusia – refer surah al-Hajj [22:5] Wahai manusia! Jika kamu meragukan hari kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebgai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampai kepada dewasa dan di antara kamu ada yang dimatikan dan ada di antara kamu yang dikembalikan sampai usia yang sangat tua sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang telah diketahuinya…
  2. interaksi sesama kaum berbilang bangsa – refer al-Hujurat [49:13] ..dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal..
  3. penjagaan alam sekitar – refer Ar-Rum [ 30:41] Telah tampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan manusia;Allah menhendaki agar mereka merasakan sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang benar.

Jangankan kata kisah kehidupan manusia dari muda sampai tua [surah ar-Rum 30:54], kisah penciptaan bayang2 [al-Furqan 25:45], penciptaan matahari,bulan dan orbitnya [surah Yunus 10:5] pun ada tertulis.. tinggal kita ajer yang mungkin masih tak perasan kewujudannya. Reason kenapa ayat2 suci al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab pun ada.. tak percaya?? Tengok surah Fussilat [41:14].

Tak cukup dengan tu semua, dalam Al-Quran sendiri dah tertulis cara2 ideal untuk seorang manusia hidup di muka bumi ini >>>> adab pergaulan dengan ibu bapa surah al-Isra’ [17:23] – ayat ni menyuruh kita berbuat baik dan berkata sopan dengan kedua orang tua kita.., >>>> larangan kita memaki dan mencerca sembahan dan akidah agama lain dalam surah al-An’am [6:108], cara2 menolak kejahatan [fussilat 41:34].. dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah dengan cara yang lebih baik sehingga orang yang rasa ada permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia.. (ps: ni lah ayat antara ayat yang membantu saya dalam menuntut ‘hak kemanusiaan yang asas’ dengan roommate saya.. hehe.. tak payah gaduh2.. tak dapat apa pun.. ) Selain tu, saya berpegang juga pada ayat 22 surah an-Nur [24:22] yang menyuruh kita sentiasa memaafkan dan berlapang dada.. <<<<POSITIVITY IS THE BEST POLICY>>>> macam yang saya selalu kata pada junior2 saya bila mereka ada masalah dan tak puas hati kenapa mereka tercampak di bumi Rusia ni, selagi kita berpegang teguh padaNya dan berlapang dada (positive thinking), campaklah kat mana pun, datanglah apa jua rintangan, insyaAllah leh survive nyer.. ^_^

Banyak lagi khazanah dalam Al-Quran ni, tapi semuanya perlulah dibaca, difahami maksudnya dan kenalah berguru.. nanti paham kot lain pulak. Ada ayat yang jelas maksudnya dan ada yang tidak. Pelbagai ilmu terbentang luas di dalamnya. Kalau nak pasal nuclear pun ada.. Cuma tak der lah terus2 keluar.. ‘bismillahirrahmanirrahim.. wannuklear’ takder lah sampai macam tuh.. apa2 sekalipun, kita kenalah lebih rajin menbaca Al-quran; membaca dalam erti kata yang sebenar2nya. InsyaAllah jika diamalkan ayat2 suci Al-Quran dan apa yang terkandung di dalamnya (provided that you really understand it in the true meaning of the sentences with His help and guidance), kita akan berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

17 November 2007

masih setahun jagung.

tujuan asal masuk internet nak cari benda lain, sudahnya end up wat benda lain. itulah payahnya nafsu manusia ni. sentiasa tak pernah puas. ada sahaja benda yang tak cukup. ada sahaja benda yang tak elok di matanya. tadi sempatlah tengok sekejap blog kawan2 n flickr spot.ada beberapa benda yang saya terpikir bila tengok dan baca apa yang orang lain wat kat dunia internet nih:

  1. sy masih tersangatlah setahun jagungnya dlm dunia blog nih. but its ok. i'm gonna learn bit by bit and improvise by time. insyaAllah.
  2. cantiknya gambar2 yg dorg letak kat flickr tuh.. subhanallah. sy sebnarnya suka jugak dunia fotografi nih. tp nmpknya minat tak cukup mendalam, kamera pun takder .. haha. maybe some other time then.
  3. manusia nih memang senang rs bongkak dan bangga dengan pencapaian dirinya. (dan sy pun tak terkecuali). baru baik sket dah mula nak perasan bagus. alhmdulillah smpt tersedar bila baca apa yg kwn2 seagama sy tulis kat dlm blog memasing. harap2 ada org tlg sedarkan dan ingatkan sy selalu.
  4. style sy menulis, sy suka tulis panjang2. i have a lot to say n a lot to share. tp sy lupa thats mean its gonna be a lot for others to read. i'm gonna try my best to make it short but good to read k? n i hope there is more to come. insyaAllah.

well, i guess thats all for now. sayangilah masa. dan hargailah diri kita.