Showing posts with label experience. Show all posts
Showing posts with label experience. Show all posts

05 September 2008

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Setahun berlalu, alhamdulillah diri kerdil saya ini masih diberi peluang berjumpa dengan bulan yang sangat besar rahmat dan keberkatannya di sisi Allah. Syukur yang teramat kerana sekali lagi diberi peluang oleh-Nya untuk mengecap nikmat indahnya bulan Al-Quran ini, bulan yang mana para sahabat Rasulullah sendiri menangisi kepergian Ramadhan selama 6 bulan setelah kepergiannya sementara 6 bulan lagi setia mengharapkan kedatangannya kembali (hadis Nabi).



Itu mereka, kita bagaimana? Tak mustahil ada yang tidak merasa apa-apa pun dengan kedatangan Ramadhan, hanya datangnya satu lagi bulan untuk kita berpuasa dan selepas itu RAYA!!! Lebih teruk lagi, ada pula yang merasa ‘letih’ dengan datangnya Ramadhan kerana perlu menahan diri dari pelbagai benda seperti makan, minum, merokok, menipu dan sebagainya; tak cukup dengan itu malam ‘kena’ pula berterawikh dan bertadarus demi menjaga air muka sendiri. Nauzubillah, harapnya kita tidak tergolong dalam kumpulan ini.


Istimewanya Ramadhan ini terlalu banyak khasiatnya dan hanya Allah sahajalah yang tahu semuanya. Apa yang kita semua sedia maklum adalah:


1. adanya malam lailatul qadar (dikatakan berada dalam 10 hari yang terakhir)
2. syaitan semua diikat dan dihalang dari menghasut kita ke arah kemungkaran. (jadi siapa yang masih buat jahat lagi tu adalah kerana keterbiasaan jiwa kita sendiri yang merelakan kemungkaran itu… T_T .jaga-jaga jangan sampai kita tergolong dalam mereka-mereka yang fasik kerana selalu berbuat dosa-dosa kecil berterusan tanpa usaha menghentikannya.)
3. pahala yang berlipat ganda, 1 amal wajib (contohnya solat fardhu) = 70 amal kewajipan manakala 1 amal sunnah (baca quran, solat qiam) = pahala amal wajib.
4. bulan diturunkan al-quran.


Pernah tak kita berfikir bagaimana dalam bulan-bulan yang lain, kita nak berpuasa sekali seminggu pun terasa begitu berat rasanya, tapi dalam bulan Ramadhan susah bagaimana pun boleh saja kita berpuasa hingga sebulan berturut-turut? Ini kerana pada ketika inilah, Allah telah memberi dan memotivasikan kita dengan satu tambahan bi’ah solehah yang paling unggul untuk membantu kita ke arah lebih mendekati-Nya. Dalam bulan inilah, kita lebih (ghirah) bersemangat untuk mengaut pahala sebanyak mungkin dengan khatam quran misalnya, bersedekah kurma kepada jiran-jiran, mengajak kawan-kawan bertadarus dan sebagainya. (betul tak apa yang saya tulis ni? Betul kan?? ^_^)


Inilah satu bulan di mana Allah mahu kita menjadikannya sebagai satu momentum untuk kita lebih meningkatkan usaha kita dalam lebih beribadah, suatu bulan yang khusus untuk pentarbiahan diri (pendidikan diri) dalam segala aspek kehidupan. Apabila kita rujuk sendiri ayat suruhan berpuasa dalam surah al-baqarah ayat 183-187, jelas dinyatakan tentang pentingnya nilai puasa di bulan ramadhan ini. Tapi, itu tidak bererti dengan puasa itu sahaja sudah cukup untuk mendapat ketakwaan kepada Allah, puasa kita itu hanyalah sekadar satu wasilah (alat/kenderaan) untuk kita menuju ketakwaan.


Apabila diperhatikan ayat 186 surah al-baqarah, sekali imbas ia bagaikan tidak masuk dengan 4 ayat lain yang menceritakan hukum berpuasa tadi. Sebenarnya melalui ayat ini, Allah menunjukkan kepada kita akan mai’yatullah (kebersamaan Allah dengan kita) – Allah itu dekat dengan kita dan Dia mengabulkan segala doa kita apabila kita meminta pada-Nya dan muraqabatullah (pengawasan Allah terhadap kita) – Allah melihat segala perbuatan kita dan dalam dunia ini tidak ada tempat di mana kita boleh lari dari kekuasaan-Nya.


Diharapkan dengan adanya bulan Ramadhan ini, akan terciptalah satu prestasi ibadah yang hebat bagi diri kita, yang dengannya diharapkan ia menjadi satu pemangkin untuk kita lebih meningkatkan amalan ibadah kita dalam 11 bulan yang lainnya. Kira senang cerita, bulan ramadhan ini sebagai training monthnya, di mana tahap ibadah kita adalah maximum level with super speed in doing it (bukan laju dalam beribadah tapi laju dalam berlumba-lumba mengerjakan ibadah); dan 11 bulan yang lain sebagai working month, andai kata tahap ibadah tidak sehebat ramadhan, biarlah sekurang-kurangnya tahapnya mendekati tahap di bulan ramadhan itu, insyaAllah.


So, the right attitude yang kita patut ada dalam melalui bulan ramadhan ini adalah dengan menanam dan menyemai azam untuk buat sehebat dan semaksimum mungkin amal ibadat dan kebaikan. Dalam bulan inilah kita perlu lebih banyak membaca al-quran, bersyahadat dengan sebenar-benar maknanya, beristighfar, dan berdoa mengharapkan balasan terbaik dari Allah dengan dilimpahkan hati kita dengan nur dan kefahaman terhadap agama-Nya, masuk syurga-Nya serta terlepas dari siksaan api neraka-Nya.


Apa tunggu lagi? Jom sama-sama kita manfaatkan ramadhan sebaik mungkin, jangan beribadat sorang-sorang saja. Ajak orang lain sekali. Kita berjemaah k? Biarlah kita sama-sama masuk syurga Allah dengan rahmat-Nya, insyaAllah.

04 August 2008

Menyusuri warna-warni Jalan TAR.

Siapa yang tidak kenal dengan nama Jalan Tunku Abdul Rahman ini. Syurga dunia bagi wanita terutamanya penggemar jubah moden, kain meter pelbagai jenis dan gaya serta variasi tudung yang mampu membuatkan sesiapa sahaja terpikat dan akhirnya terlanjur membeli satu-dua benda. Hanya yang teguh melawan nafsu dan kering poketnya sahaja yang mampu menahan godaan. (hehe =p).

Alkisahnya, panasnya hari Rabu minggu lepas (29/07/08) dan cerianya dunia kecil jalan TAR ini memberikan saya satu pengalaman berharga: menyelami hati seorang peniaga tudung di lorong belakang Jalan TAR dan merasai sebentar pengalaman hidupnya sehari-hari di situ (mungkin 1/20 sahaja dari lingkup hidupnya tapi itu pun sudah memadai untuk saya ^_^).

Akibat terlalu asyik mencuba jubah di kedai sebelumnya dan membelek tudung di lorong-lorong, saya tidak perasan hari yang semakin menginjak senja. Apa lagi, mula kelam-kabut mencari surau. Rasa bersalah dan takut yang teramat, andai kata dalam perjalanan pulang nanti ditakdirkan diri ini sudah tidak bernyawa, apa yang boleh saya jadikan alasan mempertahankan diri di depan Allah kelak? Saya beranikan diri bertanya kepada seorang peniaga di situ. Bukan ke malu bertanya sesat jalan? Atau dalam kes saya ni, malu bertanya alamatnya tak dapat solat asar dalam waktu lah jawabnya. (perjalanan balik mengambil masa 1 jam kerana kesesakan lalu lintas). Pada saya, selagi tidak mancuba, kita tak tahu hasilnya bagaimana. Positivity itu penting.

Alhamdulillah, bukan setakat mendapat tahu surau di mana, saya dapat pula tawaran khas bersolat di ruang meniaga mak cik itu: telekung, sejadah, selipar dan kepala paip air disediakan free of charge!! Yer.. anda tak salah baca, memang saya tulis kepala paip di situ. Di bahagian belakang sekali, di ruang antara bangunan-bangunan di situ, ada paip air lengkap dengan meternya sekali, cuma kepalanya sahaja yang tidak ada. Kata mak cik, tujuannya untuk menghalang air digunakan sewenang-wenangnya oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Hanya peniaga di situ sahaja yang boleh menggunakannya. Terkulat-kulat jugalah saya berwuduk di situ: ambil yang wajib sahaja kerana tidak mahu menarik perhatian orang yang lalu-lalang.

Terasa solat asar hari itu lebih bermakna dari hari-hari biasa. Lebih khusyuk kerana menghargai kesusahan untuk melakukannya. Lebih tenteram walaupun bersolat di celah hiruk-pikuk kota kerana saya tahu di sekeliling saya ada insan-insan muslim yang masih setia membantu teman seagamanya atas dasar ukuwah islamiah yang tinggi. Lebih bersyukur kerana dipertemukan Allah dengan seorang muslimah yang juga tidak rela saudaranya meruntuhkan tiang agama. (^_@)

Perbualan saya dengan mak cik itu selepas solat dan sementara menunggu abang kawan saya datang menjemput kami memberi saya lebih banyak ‘insight’ terhadap jerih-perih peniaga-peniaga di Jalan TAR ini. Apa sekalipun, mereka semua yakin dengan rezeki kurnian Allah. Asal mahu berusaha, insyaAllah hidup tidak akan melarat.

Hari itu, saya menjejakkan kaki ke jalan TAR dengan 1001 harapan dunia: mahu membeli jubah dan tudung-tudung yang cantik mempesona (jangan ikut resmi saya, kawal diri apabila bershopping, jangan sampai terbeli sesuatu yang anda tidak akan guna sepenuhnya di kemudian hari dan yang lebih penting- utamakan pandangan-Nya [takwa dan iman di dalam hati] daripada mengumpan pandangan mata manusia), saya pulang dengan pelbagai pengajaran dan kenangan yang lebih mendekatkan diri saya pada-Nya.

Well, that’s one of my days. How’s yours?


Sekadar buat renungan:

# jika kamu merasa takut kepada makhluk, kamu akan berlari dan menghindar darinya. Namun, jika kamu merasa takut kepada Allah, kamu akan merasa tenteram bersama-Nya dan semakin mendekat kepada-Nya.

# kalau saja ilmu bermanfaat tanpa diamalkan, nescaya Allah tidak akan mencela para ulama dari kalangan ahli kitab. Sementara kalau saja amal bermanfaat tanpa keikhlasan, nescaya Allah tidak akan mencela orang-orang munafik. [so kawan-kawan, ilmu yang ada perlulah diamalkan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dan demi mencari keredhaan-Nya, barulah betul! ].

Mourning the loss…




The last time my fingers clicking the keyboard to write an entry, I was so happy with all the new life surround me, even the news about the ‘earth quake’ panda in Sichuan giving birth to twins delighted me (as if I’m there..pur-leez), and now, after such a long break from writing, I can’t believe that this time, when I finally have the urge to write, the theme will be about DEATH. Oh, yes. The very thing that’s definitely sure, the one thing that most of humans scared of, and the one thing that we always forgot about.

This gloomy cloudy Friday morning (25/07/08), the reality of death spits right to my face. I’ve experience a loss of a wonderful soul dear to me and my heart. And I cried over it (the dead of Oren our dear kitten run over by a car). After several minutes, the harshness of the reality comes back to me. What’s the used of crying over spilt milk? We should all learn the lesson by now:

  1. Dengan melihat, mendengar dan merasai kematian di sekeliling kita, adakah hati kita rasa tersentuh dengannya? Kalau ya, apa sebenarnya yang patut kita rasa? Setakat rasa sedih kerana kehilangan atau rasa takut memikirkan giliran kita pula selepas ini?
  2. Cukupkah ‘bekalan’ yang akan kita bawa untuk ke dunia yang kekal abadi nanti? Adakah cara kita hidup di dunia yang fana ini dapat membantu melepaskan diri kita dari azab neraka? Nauzubillahiminzallik.
  3. Cukupkah ‘bekalan’ yang bakal anda tinggalkan untuk mereka yang masih hidup? Bukan bekalan harta yang saya maksudkan di sini, tapi bekalan hati. Memang benar cahaya hidayah itu Allah yang beri, tapi itu tidak bermakna kita tidak patut berusaha untuk mendapatkannya- untuk kita dan juga orang-orang di sekeliling kita. Apalah erti hidup pada menerima? Biarlah hidup kita bererti dengan memberi.

Di kala ini, saya teringat sepotong ayat dari surah at-Taubah [9:24]:
‘ katakanlah, jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.’

I hope, while we are busy living our life, please don’t forget that at the same time; we are also ‘busy’ dying. Do you already prepared for it?

…….

Ps: melihat Memeh (ibu kucing) setia menunggu di sebelah mayat Oren dan Comel yang tertidur di sebelahnya, hati saya rasa seperti ditoreh-toreh. Teringat kepada hari-hari gembira ketika Oren dan Comel selalu tidur bersebelahan, dengan pelbagai aksi gaya bebas.. hanya gambar yang tinggal jadi kenangan T_T. kami menunggu Dos pulang dari sekolah,kemudian baru kebumikan Oren. (takut Dos tak percaya pula kucingnya dah tiada).

Well, one thing for sure, that’s human for you: we learn the value of something when we loss it. Pity isn’t it?

bila dalam hati ada cinta...

Sebut saja ungkapan ini, saya pasti pelbagai jenis reaksi akan keluar. Mungkin ada yang terkejut (demamkah cik baiz ni?), mungkin ada juga yang tersenyum (akhirnya… ), dan saya rasa mungkin ada juga yang tak sabar-sabar nak tahu ‘kisah sensasi’ saya (dengan siapa,bila dan bagaimana?)…


Alkisahnya, cerita kali ini bukan tentang saya dan siapa juakah lelaki itu (jangan rasa kecewa pula ya.. hehe), tapi ini kisah saya dengan keluarga (8 orang), kucing 4 ekor, dan sebuah filem Kantonis, kerana pada saya cinta itu universal dan ia sesuatu yang subjektif. Bak sepotong ayat dalam cerita A Walk to Remember: love is like the wind, you can’t see it, you can’t touch it but you can feel it.


Filem Kantonis yang saya tengok tu tajuknya It Has to Be You: lihat pada tajuknya saja dah boleh bayang ceritanya macam mana, typical romantic comedy. Tapi apa yang saya cuba stresskan tentang filem ni bukan tentang kisah percintaan hero dan heroinnya tapi tentang restoran tempat mereka berdua bekerja. Tempatnya nampak biasa saja dari luar, hiasannya pun simple saja, but it’s warm with love. Hiasan dindingnya penuh dengan gambar-gambar yang menunjukkan perasaan bahagia mereka yang pernah berada di dalam ruang lingkup restoran itu dan juga detik gembira para pekerjanya di luar tempat kerja mereka. Beautiful pictures with a thousand words. Ia buat saya rasa tak sabar nak membeli kamera, to start back my own private collections. (selepas saya hilang video cam saya di Prague 2 tahun lepas, saya jarang tangkap gambar lagi..T_T.)


Kisah saya dan keluarga pula (6 orang yang lain termasuk 2 budak yang memang dijaga oleh mak): setelah sekian lama, saya memang bersyukur sangat-sangat,hati saya ini masih ‘hidup’ (buat masa ini). Hidup dari erti kata menginsafi, menyedari, menghayati dan menghargai perasaan betapa bahagianya dan bertuahnya saya membesar dalam keluarga ini. A small family with nothing much to tell but gladly, I’m proud to say that we have each other. And 4 cats too.



  1. waktu saya berbincang dengan Wan (abang saya) tentang nak beli kamera baru, bersungguh-sungguh dia nasihatkan saya cari kamera yang tahan lasak dan waterproof, katanya perlu cari yang betul-betul boleh bertahan dengan saya yang ganas ni (memang saya tak panjang jodoh dengan barangan elektronik dari handset, dvd player, external hard disk hinggalah ke laptop). Komen pedas dan bersahajanya tu membuat saya rasa terharu pula. (There’s someone who will continue to look out for me despite of what I’ve done and somehow he makes me believe that there definitely will be someone out there who is cut out to be my long-life partner, insyaAllah).
  2. Waktu Awis (si Bulat yang sudah berusia 4 tahun dan marah orang lain memanggilnya bulat) balik ke rumahnya sendiri, bila ibunya tanya siapa ada di rumah mak, dia akan jawab akak Juwa. Bila tanya apa akak Juwa buat kat rumah, dia jawab tido. Hehe. Kantoi. Tahun ni saya balik, buat pertama kalinya, Awis tak terkeliru antara saya dan Ayu. Rajin pula bertegur sapa dengan saya dan tak segan-segan lagi dengan saya kalau saya yang mandikannya. Seronok juga melihat Awis sampai merajuk-rajuk mempertahankan yang mak adalah maknya, marah betul kalau orang lain datang manja-manja dengan mak depannya (kami semua saja suka mengusik Awis).
  3. Bila Ayu balik sekejap dari asramanya, walaupun sebenarnya cuma tambah seorang sahaja, tapi entah kenapa rumah jadi macam tambah 10 orang pula. Mungkin kerana akhirnya semua penghuni rumah ni dah balik agaknya.. =). Melihat mak beria-ia menukarkan cadar katil, mencari sepit rambut Ayu, buatkan bubur nasi untuk Dos waktu dia demam, saya sedar kasih sayang mak memang tulus ikhlas dan tidak berbelah-bagi untuk kesemua anaknya. (dulu saya pernah jealous rasa mak lebihkan Wan.. hehe.)
  4. Kadang-kala abah mengomel kata walaupun anaknya cuma 5, tapi belanja dapur mencecah sampai RM100> seminggu, setiap kali beli barang orang mesti tanya nak buat kendurikah? Walaupun begitu, bising-bising abah, bila minta beli makanan-makanan lain yang sepatutnya tak perlu beli pun, abah beli juga akhirnya… petang tadi, nak puji mak yang rajin memasak dan buat kuih (patutlah saya ni suka makan.. hehe =P), abah kata kalau ada 10 mak di rumah, abislah kami semua… jadi super gemuk agaknya.. takat sekarang ni pun, dah ‘sihat’ juga kami ni.. hehe.
  5. di rumah kami ada 4 ekor kucing: Oren, Comel, Memeh (ibu kepada oren dan comel) dan si Putih (lebih kurang sama umur dengan Memeh). (nama macam dalam buku cerita kanak-kanak kan?). Mereka ber4 ni cuma masuk rumah waktu untuk makan dan bermain-main, dan kadang-kala tidur. Saya suka tengok si ibu, setiap kali bagi ikan padanya, tak kisah sikit macam mana pun, dia mesti akan simpan separuh untuk anak-anaknya tu. Memeh dan Putih selalu bergaduh, tapi si Putih tak pernah pula nak mengacau anak-anak Memeh tu. Boleh aje duduk makan sekali. Walaupun saya yang baru balik ni tak pernah pula nak manjakan si Putih atau usap dia lebih-lebih, tak tahu kenapa si Putih tu manja pula dengan saya, selalu datang tidur siang di sebelah saya. Pagi tadi, bangun-bangun dia dah ada kat tepi muka, tah macam mana dia masuk ke dalam kelambu tak tahulah. Untuk orang macam saya yang hanya pernah bela ikan dalam akuarium sahaja, rasa terharu betul bila ada binatang lain nak manja-manja dengan saya walaupun saya sebenarnya tak reti sangat nak belai-belai mereka ni. (sebelum ni, abah memang tak bagi bela binatang, kebelakangan ni mungkin abah pun dah tua agaknya, hati pun dah lembut, tak larat nak berkeras lagi dengan si Dos dan Zati).


Semua ni antara pengalaman berharga buat saya: yang insyaAllah akan saya simpan kemas dalam ingatan ^_^.



Baru-baru ni saya ada baca satu artikel ni, boleh digunakan dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya dalam keluarga dan rumah tangga - 5 language of love for colleagues. Show them you care.
(by Gary Chapman), katanya:

  1. People need constant reminders of the good work that they’ve done. If what they do is taken for granted, eventually they’ll lose their self esteem and their confidence level starts to wither. >>>>> So, guys, if you love your mum’s cooking, or you find that your sister’s messy drawing is unique and pretty, what you’re waiting for? Tell them so!!
  2. Quality time is another important aspect of building effective relationships, employees who do not have emotional attachment to the company; they will have little desire to contribute effectively to it. (so, bila dah ada anak-anak sendiri nanti, jangan sibuk nak cukupkan duit untuk mereka berbelanja sahaja, perlu luangkan masa berkualiti untuk keluarga tak kisahlah anda sesibuk mana pun…)
  3. Giving thoughtful gifts to show that you appreciate them in your life. (biar kecil dan murah asalkan ianya datang dari hati).
  4. People love someone doing something for them. It gives them satisfaction and appreciation, especially in time of need. Remember, act of service come in many shape and sizes. (contohnya tolong cuci pinggan ke, urutkan badan ke, susun kasut elok-elok dalam almari kasut ker…)
  5. Touch of affections: these will give them higher self-esteem, motivation to move forward and it can also show that you are concern about them or support them. (Nice cool way huh? But you need to find the right ‘degree’ of touch appropriate for them yourself. Be extra careful in experimenting k? )


Tatkala saya menulis entry ini, saya terfikir juga satu perkara: memanglah bagus kita dapat jumpa ‘nilai cinta’ manusia (dan binatang juga dalam kes saya ni), tapi alangkah bagusnya, jika kita turut sedar dan menghargai nilai kasih dan sayangnya Allah yang Esa pada kita para hamba-Nya ni. Buatlah apa jua perkara, selagi nyawa masih belum di hujung tanduk, pintu taubat-Nya masih akan terbuka luas untuk kita. Janganlah kerana mengejar kasih sementara di dunia, kita kehilangan kasih abadi. Sama-samalah kita renungkan…

22 November 2007

half burn.

Dlm pukul 2pg lebih td, kami semua yg tgh tido mati nih dikejutkan dgn bunyi bising di luar bilik.. announcement pelbagai bahasa to be exact. yg pd ms tuh tak tahulah apa benda yg dicakapkan. Tak dan nak focus. Apa yg wat sy terbangun sebnarnya adalah kerana bunyi pintu yg dh nak setengah roboh diketuk dr luar. Guess what? ADA KEBAKARAN KAT HOSTEL KAHOV!!! Bila dh phm the small-but-very-important piece of information (which is the hostel is on fire somewhere…), apa lagi, kelam-kabut semua org.. hehe.

Sy pd mulanya ingatkan kwn rumate sy yg ketuk pintu, that’s y wat tak tahu jer.mn lah tahu, sebnarnya, thanks to that guy who consistently knocking the door, we FINALLY wake up from our-deep-beauty-slumber. ^_^ . klaka gila kejutkan rumate sy bgn. Merepek2 jer dia. Tp itu pun dia still sempat kunci pintu bilik kitorg. [selit sket : Dia mmg the-locking-door-freak. Kerja nak kunci ajer kerjanya..smp sy g toilet or dok bilik sebelah which is still inside our room’s compartment pun kena bw kunci. I’m practically glued to my keys.]

Kitorg dh kluar setengah jln pastuh patah balik pakai winter coat. In case kalau kena evacuate dok kat luar hostel. (but at the same time, tak teringat nak tukar selipar kepada kasut, tah hapa2 tah kitorg nih).yg penting, bw dokumen pengenalan diri n pakai seadanya. Kalau ikut keadaan sebenar, kitorg ber4 bilik 419 nih dh half burned dah. Hehe.

Rupa2nya, ada paip air panas kat dlm dinding kat tingkat 2 yg terbakar n keluarkan asap masuk ke toilet bilik salah seorg kwn kitorg. Sampai2 kat ground floor (hostel kitorg 5 tingkat jer), dh ramai org kat bwh. Ada yg mmg dh lengkap berpakaian.kalau kena kluar g mn2 pun dh takpa dh. Ms tuh gembira lah dok sembang2 ngn kengkwn, (ramai rupanya manusia kat kahov nih..)

Nasib baiklah kwn kitorg tuh cepat bertindak orangnya. Kalau mmg takder org sedar, n the hot pipe suddenly burst out? Kitorg conform tak dpt mandi air panas lagi.. dh lh tgh2 winter nih T_T. The coolest thing is dpt rs pengalaman kena evacuate due to fire in the middle of the nite, in winter some more!! Dpt tgk firemen Russia yg tough2 beraksi dpn mata. Hehe. (pst: ada sorg firemen tuh sempat merokok. He’s smoking n coming to save a burned place?? What a jerk! ) Luckily, nothing bad happen, we cannot even see where’s the fire or smoke is. They really quick in making actions. After half an hour, kitorg semua boleh balik ke blk, happily chatting with neighbours, as if nothing happen.

N then, when I reach my room, a few things hit my mind. What if the fire is real? What if we really got burned? The possibility of dying is there. Terus sy teringat, dh lah wat lagha jer sepanjang mlm semalam, tengok movie lah, tak abes blaja pun lg.. what if I really died, without having the chance to atone for my sins??without having the chance to speak to my family again? Astaghfirullah.. ngeri betul bila dipikirkan. N so, sy pun tak boleh nak tido lg dh… blaja n muhasabah diri ajer lah.n kacau abah pagi2 di msia.

22-11-2007 [03:42am]

eating monster.

Baru2 ni, berat bdn sy dh naik. Bukan naik sket2… naik lebih dr 4-5 kg. Sebnarnya, b4 this, masa kat sekolah dulu, sy kena pggl ‘tiang’ sbb kurus sgt n flat ajer. Kena pulak main netball, lagilah sesuai panggilan tiang tuh. Hehe. Lepas SPM, barulah berat bdn mcm stabil sket, tapi bila dtg Moscow, rupa2nya lemak yg ada tidak mencukupi. ^_^. Masa mula2 sampai mmg tak berapa ada selera nk mkn.

Dlm 3rd year mcm tuh, sy wat keputusan nak naikkan berat bdn. I’m marginally underweight at that time. N I’m seriously cannot stand the cold. And so, I start my own reversing diet program. Sebab cam dh cekap masak sket + dh tahu tempat2 mknn halal kat mana , rasa memang heaven lah ms tuh. Sy slalu jer wat kerja tak senonoh g 2-3 tempat yg berlainan semata2 sebab nak cukupkan course mknn iaitu main dish+ side dish. Sy pastikan yg sy mkn on time, cukup khasiat dan lebihkan kalori, n utk extra satiety, makan coklat plak lepas mkn nasi. (haha.. takut tak dgr nih?) bila balik cuti summer, kerja mkn ajer.. kira mmg balas dendam abes2an lah.

Selepas 2 tahun (sekarang dh msuk 5th year sejak start program menaikkan berat bdn).. akhirnya mcm dh nak terlebih berat bdn plak. Hehe. I’m such a disaster. I did look chubby a bit in certain places but actually, I don’t seem that fat with my height n my body shape. Its just that the figures making me look fat. Plus the fact that I do eat more than my average female friends. N the fact that I always been seeing eating when we have class recess or I bring my own cooked food from home. (OMG!!! Scream… !! I did look like an eating monsters!)

But.. to my defense :

  1. With my weight just now, I’m in normal range of BMI . I do look and feel better. (I don’t wanna look like stick).
  2. The coldness here is not a problem anymore. That’s the best part!! =D
  3. What matters is that I’m healthy and fit right? ( I do exercise regularly, well, its not religiously, but plus all the 1 hour journey to class, I think that’s gonna be enough plus my playing-futsal-time. )
  4. abah, mak ngn makcik2 sy semua suka masak utk sy or bg sy mkn, sbb sy wat usaha mereka tuh sgt dihargai. Hehe. (tiba2 rs cam pet pulak).
  5. And lastly, I do enjoy eating and I’m not ashamed of my good appetite. That’s quite a rare thing to find in girls.. that mean I’m unique rite?? Haha ^_^