Ujian Allah datang lagi. Dan saban kali saya nyaris tumbang, tersungkur di tengah jalan. Tapi Alhamdulillah, mujur sekerap mana ujian itu datang, sekerap itu jugalah Dia datangkan bantuan untuk saya =) ... sungguh!! Bantuan itu datang dalam pelbagai bentuk.. nampak begitu remeh bagi orang lain, tapi amat besar kesannya pada saya. Kata seorang matron pada saya, saya perlu tahu the art of becoming a doctor, barulah boleh survive di hospital. Saya tulis ayat itu dalam buku.. cuba fikirkan apa sebenarnya art yang dikatakan itu??
Mungkin benar memang ada cara dan seninya.. tapi lepas pelbagai perkara yang berlaku.. saya terfikir di situ lah silapnya. terlalu memandang besar pada perkara yang kecil. Asam garam kehidupan, manalah ada senang saja selalu.
Yang penting bagi Allah bukan keputusan dan hasil dari apa yang kita perbuat.. yang penting usaha dan kebergantungan kita pada-Nya. Semuanya telah tertulis dan pena pun telah diangkat. Sepatutnya lagi mencabar kehidupan kita, lagilah kuat ikatan kita dengan Allah.. sebab Allah sayang kita, dan tak mahu kita cepat 'tenggelam' dalam kesenangan berpanjangan.
Hidup sebagai HO ni umpama seekor ikan kecil dalam rantaian makanan yang sangat besar. Saban hari bertarung nyawa mencari rezeki dan menjaga diri dari dimakan oleh ikan2 besar. Apa sekalipun, semua ikan ni tetap makhluk Allah juga. Segala kekuaasaan dan kekuatan adalah milik-Nya semata.
Memang untuk menjadi seorang doktor yang hebat perlu ada cara dan seninya. Tapi pada saya, jangan sampai dalam usaha menjadi doktor yang hebat itu menyebabkan anda menjadi seorang muslim yang lemah dan terumbang-ambing keyakinannya apatah lagi imannya. Di ruang lingkup hospital yang sentiasa sibuk dengan pelbagai kisah kehidupan, di sinilah medan saya beristiqamah dan bermujahah. Di sinilah saya berharap agar dapat membesar menjadi seorang hamba yang kental dan kuat semangatnya. Di sinilah detik-detik betapa kerdil dan lemahnya kudrat manusia datang bersilih-ganti jadi peringatan yang harapnya sentiasa menginsafkan dan mendekatkan saya pada-Nya. (insyaAllah).
"Wahai Tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMU dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara yang ghaib. Wahai Tuhanku, sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dan dalam perkara agamaku, di dalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untukku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku dengannya. Berilah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuan-MU."
Redha itu penting. Usaha itu juga penting. Tawakal itu penting. Dan mujahadah itu lebih-lebih pentingnya. Saya selalu cuba dan ingatkan diri, kalau mahu mujahadah, sentiasa letakkan ia pada sebab-sebab ini sahaja (ps: ingatkan saya berulang kali andai saya lupa..) :
1. sebab Allah suruh!
2. sebab Allah suka orang yang buat kerja bersungguh-sungguh.
3. sebab Allah suka hamba-Nya yang sabar dan taat.
selamat mujahadah dalam menempuh dunia yang fana dan menuju ke dunia yang kekal abadi!!
3 comments:
assalamualaikum kak..
allahu akbar!! moga dipermudahkan Allah kak.. usaha utk ikhlas!!!
Allah jadi tujuan,
caranya mnepati saranan Allah,
bila bermasalah merujuk Allah,
dan hanya dari Allah kita harapkan balasan!!!
wallahualam
kak iman macam tau jer ayat yg akk kasi tue..
kak baiz moga akk terus tsabat...\
assalamualaikum kak baiz^^
berusaha utk bertahan ok...i know you can overcome the whole obstacles...take care kak baiz.smile always~^^
-nik-
Post a Comment