05 September 2009

selingan kisah transformers

Saya rasa semua orang pun tahu cerita Transformers ni. Antara 2-3 benda yang popularnya melampau-lampau bak kisah Michael Jackson jugak. Sebut pasal transformers ni, saya suka part yang dia boleh berubah-ubah tuh.. plus ketulusan hati si Optimus Prime tu stick pada apa yang dia percaya.. For The Greater Good.. (oopps!!)

Alangkah bagusnya kalau kita pun boleh ambil semangat watak2 ciptaan ni. Bila keadaan memaksa, masih ada ruang untuk diri diperbaiki. Pasang-masuk spare part jer.. Tapi, realitinya bukan begitu. Sebab tu kena sentiasa latih diri, kalau boleh biasakan diri dengan kesusahan. Bukan nak suruh jadi sadistic ataupun penghiba.. tapi nak jadi manusia yang kental jiwanya. Dengan setiap masalah dan cubaan, kita mematangkan diri. Macam dalam sirah Rasulullah dan para sahabat... dari kita ambil tahu macam-macam pasal kisah rekaan yang tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati, baiklah kita ambil tahu kisah perjuangan tokoh-tokoh islam.. iye tak?? Tambah-tambah di tengah bulan Ramadhan ni, di ketika hati tengah pure and clean ni (insyaAllah).. ambillah banyak-banyak semangat pejuang Islam dari kisah-kisah Al-Quran dan sirah. Masa nilah, nak letak target ibadah tinggi-tinggi. Perbaharui semangat yang mungkin dah agak tumpul lepas bercuti lama. Biar bersinar luar dan dalam! tak gitu?




Dalam gambar ni, saya letak caption: be YOUNIQUE by being a muslim.
Memang itulah sepatutnya. Islam itu kan dagang sifatnya. Jadilah diri sendiri yang fitrahnya memang sudah sedia islam dengan menghebatkan lagi diri anda dengan memilih islam, bukan sekadar mengislamkan diri yang tak berapa islam.. (boleh faham ke apa yang saya cuba sampaikan ni..??). Teringat saya karya seorang penulis dari Indonesia tentang Wanita dan Aurat, tajuknya cukup menarik: Kulit dan Selulit + Jilbab bukan topeng, Be your Self, Neng! MasyaAllah. Rasa terketuk bila baca artikel tu. Beginilah keadaan kita dan masyarakat sekarang. Apa sekalipun, baguslah ada niat dan ada usaha untuk berubah. Pintakan pada Allah hidupkan hati kita agar sentiasa sensitif dengan dosa dan maksiat. Pintakan pada Dia agar kita ini jadi hamba-Nya yang berguna, bak pohon kukuh yang subur dan menyuburkan, bukannya setakat tumbuhan renek yang hidupnya segan, tapi mati tak mahu..

2 comments:

u know who said...

Assalamualaikum kak baiz...
huuu~ rindu... semalam2 antar fida n wan ke bilik 419... pastu jenguk bilik kak baiz...

roomate kak baiz tukar tempat, amik tempat kak baiz..hehe.. ^__^

take care sis.. luv u always..

Anonymous said...

影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室 , 影音視訊聊天室