+awwwwww%21%21%21%21%21%21%21%21%21%21%21%21.bmp)
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah. Maha Suci Allah Yang menjadikan seluruh makhluk di muka bumi ini. Sedar tak sedar, dah lebih 2 bulan saya bergelar HO Ortho. Alhamdulillah, dengan kekuatan yang saya sandarkan pada-Nya, langkah ini dipermudahkan dan jiwa semakin tenang dalam lingkungan rahmah Allah yang saya rasakan tak putus-putus datangnya. Di permulaan waktu kerja, ada ketikanya saya terfikir.. apalah yang aku dapat dari kerja yang tak putus-putus datang, stress yang berganda-ganda, maki-hamun yang berbakul-bakul (in fact, mungkin lebih bakul agaknya.. hehe), dan kepenatan seharian yang bisa meragut terus nikmat kehidupan dunia apatah lagi nikmat ibadah pada Allah yang Esa..
Alhamdulillah, jawapannya mudah saya temui (syukur Allah tunjukkan jalan). Adakalanya lupa, sejenak itu juga Allah ingatkan kembali (harap Allah sentiasa ingatkan..). Alhamdulillah. Apa yang saya dapat? Bergunung-gunung pahala dan melaut rahmat Allah! And i learn to love every single thing bit by bit everyday especially towards my patient and all my colleagues. Tak tahu di mana silap atau betulnya, kebanyakan patients yang saya jumpa lelaki atau perempuan (di klinik atau di wad), kalau bercakap dengan saya,in the end mesti akan menangis. Serba-salah saya dibuatnya. Nasib baik dapat pujuk balik. Huhu. Terkeluar segala macam rahsia dan 1001 kisah yang beri saya banyak pengajaran. Being a doctor means you have the VVIP seat to the theater of life. (buat saya terfikir, mungkin patut saya cuba buat specialisation in psychiatry?? Seems like i got special talent in this kind of field.. hmmm...Wallahualam. Apa pun, saya serahkan pilihan itu pada Yang Maha Menentukan..)
Berdasarkan secebis pengalaman hidup saya bergelar HO yang tak seberapa ni, patient needs you to LISTEN to them more than they want you to treat them. I mean, really listen to them. Dari sinilah, saya terfikir, the first duty of love IS TO HEAR. No man becomes rich unles he enrich others. Jangan bakhil menabur kebaikan!! By giving out to others, you actually giving it back to yourself. Tidak susah sebenarnya untuk kita menggembirakan orang lain (apatah lagi yang sedang sakit dan menderita rohaninya). Mungkin hanya dengan secebis kata-kata, mungkin hanya dengan senyuman, mungkin juga hanya dengan doa.
Jadi doktor ni bererti anda akan ada banyak duit dan mungkin juga banyak harta terkumpul plus kehormatan dari masyarakat setempat, tapi jangan lupa.. dengan bergelar doktor juga, bererti tiada lagi masa rehat dengan keluarga, telefon mesti bersama anda 24-7, and you're entitle to hospital call all the time!! Tapi, kalau betul caranya, betul niatnya, maka bergembiralah dengan kurniaan Allah yang sentiasa ada malah bertambah-tambah lagi. I don't make a living by what i can get but i make a life by what i can give. And by that, i am truly in peace with myself and my non-stop work. Hehe.
Berbalik kepada sifat Al-Wahhab tadi, cuba perhatikan.. bagaimana Allah SENTIASA memberi tanpa meminta balasan. Cuba renungkan sejenak, betapa Allah SENTIASA memberi sebelum diminta (apatah lagi kalau kita mintak kan??), Allah SENTIASA memberi berulang-ulang kali dan berterusan. Dah lah tuh, Allah bagi semuanya benda yang berharga dan terbaik untuk kita. And the best part, Allah memberi sesuatu yang baik untuk kita menghasilkan pulak kebaikan yang lain. Perasan tak semua ni??
Tangkai-tangkai kebaikan dan rahmat yang takkan pernah putus!! Subhanallah. Maha suci Allah Yang Maha Memiliki.
Buat masa sekarang, saya sedang berusaha keras untuk membangunkan diri. Sedang berusaha memperkuatkan dalaman. Kebelakangan ini, 'ujian' saya dah tukar rupa bentuk.. dulu selalu kena marah, sekarang selalu kena puji pulak.. Lagi takut. Takut lupa diri!!
Minggu depan, saya buat kenduri kecil-kecilan, mahu menzahirkan kesyukuran saya atas pelbagai perkara (Alhamdulillah dapatlah jemput 80+ staff ortho), kalau ikutkan hati, sampaikan junior2 di Rusia pun saya nak panggil sekali.. tapi nampaknya tak bolehlah. InsyaAllah, umur panjang, lain kali lah yea?
K lah, hingga jumpa lagi insyaAllah.
salam sayang dari bumi Taiping.
2nd month assestment saya minggu depan. (tolong doakan kejayaan saya yea..)

