31 October 2014

to gain strength for the day

remember this and reinforce it every single time you're in difficulty.

if Allah brings you to it,
then He will brings you through it.

no questions asked.

la haula wala quwwata illa billah.


30 October 2014

can't stop the fight


suspecting something about yourself and hear it confirmed to you out loud is two very different things. especially if its bad news. said over lunch. in front of your other colleagues.
and truly, it rob me of my appetite today.

a small talk between me and my table mate over lunch suddenly providing me with a diagnosis of PCOS. its not life threatening, however there is no cure for it except managing the symptoms.

innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Mungkin masih tak cukup lagi pergantungan saya pada Dia.
Mungkin masih ada lagi sekelumit rasa dalam diri ini yang tidak mensyukuri pemberian-Nya.
Mungkin masih kurang lagi penzahiran ibadah saya pada Allah baik secara lahiriah ataupun batiniah. dan banyak lagi kemungkinan-kemungkinan yang lain.

Apa yang bagusnya,
'nasihat mahal' yang saya dapat tadi percuma.
bukan senang nak dapat consultation dengan O&G specialist macam tu.
biarpun kata-katanya pedih dan menyakitkan, ultimately its for my own good.
its for me to really actively look after my own health.
my body weight to be precise.
well, at least i'm working hard on it.
maybe not hard enough, but I'M ON TRACK.
both literally and figuratively.

coming from a renowned hardcore expert like her, no second opinion needed. dan saya pun dah lama terfikirkan kemungkinan saya ada penyakit ni tapi tak berani nak confirmkan. bila fikir-fikir balik, dia tak untung apa pun dari kata-kata dia tadi. but i gain nothing but goodness with a little pinch of salt. Allah lah sebaik-baik perancang dan pengatur kehidupan.

 there is no true cure except Allah the Almighty.
and really, i'm gonna take this as the push that i need to stay strong.
Allah takkan berikan kita ujian yang kita tak mampu tanggung. sekurang-kurangnya, untuk saya, Dia berikan PCOS saja, bukannya kanser ataupun penyakit-penyakit lain yang lebih merbahaya.
Dia Maha Mengetahui. Dan Dia Maha Berkuasa atas segalanya.

apa sekalipun, LIFE MUST GO ON.
hidup mesti bermanfaat.
bukan setakat pada diri sendiri tapi juga pada ummah.


usaha dan tawakal baiz!
dan banyakkan doa.
insyaAllah, kau boleh!


26 October 2014

bercinta dengan Allah


Dalam setiap lembaran al-quran yang diturunkan kepada kita, anda perasan tak betapa banyaknya contoh-contoh dan ayat-ayat perumpamaan yang di dalamnya Allah ceritakan tentang alam, be it animal, plant, the sea and even the shadow itself. Tak terhitung! 

Malah, Allah tekankan lagi, betapa perlunya kita buka mata, telinga DAN hati untuk meneliti dan menghayati setiap kelumit hidayah yang Allah datangkan dengan penuh rahmat dan barakah ni. andai kata lah, kita ni betul-betul guna pancaindera yang Allah bagi kat kita ni.. there will be no such things as Allah tak bagi hidayah lagi! Bagi siapa yang mengenali Yusha Evans, seorang penceramah bebas yang sangat best, saya suka nak kongsikan kisah perjalanan dia dalam mengenali islam.

Katanya (Yusha Evans): " if really quran is the book of God, there's no need of you to preach to me about what is is, let the book speak for itself." Yusha menolak pelawaan imam masjid yang memberikan tafsir quran kepadanya untuk diceritakan tentang apa quran itu. Dia cerita lagi: " I read the book from the front. and i was astonished to see that the first sentence is -by the name of Allah, THE MOST GRACIOUS THE MOST MERCIFUL-". He said that is because most other holy book (of other religion) will start by praising how STRONG or how POWERFUL their God is, while islam starting with Gracious and Merciful. Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Pengasih dan Penyayang. islam strike him first as a religion that bring HOPE and MERCY to its follower. 

FEAR can cripple your body and muddle your head, whereas HOPE bring forth the best in ALL of you, by remembering there is always forgiveness and goodness in the end, that no matter how bleak the situation is, there is always a way out of it. 

HOPE vs FEAR. who do you think will win? 

okay. sambung cerita. 
Then, pak cik Yusha Evans ni kata dia terus skip ke surah seterusnya. 
Al baqarah. Sapi betina. 
"Alif Lam Min. Whats the meaning of this?" 
Dia pun agak skeptik dan sangsi dengan al-quran. Betul ke buku ni? 
Ini ke buku yang dikata-katakan bawa petunjuk dan rahmat ke seluruh alam? 
(yes.. he did his own research despite he's saying no to tok imam just now)

then come the next sentence. 
- this is the book that THERE IS NO DOUBT IN IT-. 
terus dia rasa diri dia bagai tertampar. . 
Yusha cerita lagi.. mungkin ayat ni ditulis oleh sapa sape.. who knows right? 
then dia pun flip lagi. 
Random selection. 
still in al-baqarah. 
and BAM! 
next line, ayat 23: -And if you have doubt as to that which We have reveal to Our servant (al-quran), then produce a chapter like it and call your witnesses besides Allah if you are truthful-. 

MasyaAllah. 
memang KO terus. 
Yusha cerita. lepas tu dia terus jumpa balik tok imam yang beri dia tafsir al-quran tadi dan terus peluk islam. 
Kita? 
Apa cerita kita? 

Kalaulah orang kesayangan kita hantar surat kepada kita tapi tulis dalam bahasa yang kita tak faham, agak-agaklah kan.. macam mana agaknya usaha kita untuk memahami apa yg kekasih kita tu tulis untuk kita?? cuba sedaya upaya kan?? 
Then macam tu lah patutnya kita buat dengan al-quran juga. 
bukan sekadar tajwid. 
tapi fahami maknanya, ambil tahu kisah di sebalik turunnya ayat tu

barulah boleh bercinta dengan Allah! 

tak kenal maka tak cinta. 
tak faham maka tak guna lah. 

kita umat islam ni sangat bertuah actually. 
boleh mengadu dengan Allah bila-bila masa. 
24-7 talian hayat open. 
nak guna apa-apa bahasa pun boleh. 
nak menangis minta dengan Allah pun ok. bahkan digalakkan lagi. 
Malah, Allah siap dah bagi appointment siap-siap dengan kita. 
5x sehari. siap ada reminder lagi setiap kali nak jumpa (azan). 
agama lain ada?  

so, jom! 
tadabburi al-quran dengan jiwa seorang pencinta, perindu, dan hamba yang setia. 

then you'll see how it transform you. 
from within. 
seperti apa yang terjadi pada para sahabat sewaktu tersebarnya islam. 


learn from history my dear. 
learn and feel. 



09 October 2014

anda nak tak tiket FOC?


bagi setiap jiwa yang menagih kasih, 
bagi setiap jiwa yang mengharapkan dirinya dipandang dengan penuh sayang, 
bagi setiap jiwa yang merindui ketenangan,
bagi setiap jiwa yang ingin berubah, 
bagi setiap jiwa yang mahukan kedamaian. 

akan sampai suatu ketika, anda akan tertanya-tanya, 
apa lagi yang aku mahukan dalam hidup?
anda buat itu.. anda buat ini.. 
tapi jauh di relung hati anda, 
you know there's something missing.
something wrong somewhere..
that you feel incomplete. 
restless even. 

pernah tak? 

jika ya.. 
maka berbahagialah anda kerana itu tandanya hati anda masih hidup
bersyukurlah kerana Allah masih beri peluang pada diri kita untuk mendekati-Nya
dan bergembiralah kerana anda masih tergolong bersama mereka yang Allah cintai. 

jangan kita persoalkan.. 
kenapa mesti aku yang diuji?
kenapa ujian aku begini?
kenapa jalan hidup aku begini? 

JANGAN SAYANG JANGAN! 

Setiap ujian itu Allah gunakan sebagai penapis mujahid mujahidah-Nya
Dia tak pernah perlukan kita
sebaliknya kita yang kerdil lagi lemah ini sangat-sangatlah memerlukan Dia
syukurlah yang tak terhingga andai biarpun badai demi badai menimpa, anda masih di sini. 
anda masih bersama dengan mereka yang ikhlas bekerja demi agama-Nya. 
biar tersungkur, tergolek, terjunam dalam lembah lumpur dalam nan busuk sekalipun.. 
namun anda masih bisa berdiri. masih bisa menadah tangan menangis pada-Nya. 
dan percayalah, kerlipan sinar anda itu terlihat gemilang 
terpancar hingga ke langit tujuh. 
moga itulah yang tertulis untuk kita insyaAllah

maka, 
di setiap jemputan kecil yang Allah berikan pada kita.. 
jangan tolak biar sesibuk mana pun anda. 
jangan dok mencari alasan untuk mem'benar'kan keuzuran anda. 

ingat ni:
JIKA ANDA TIDAK SIBUK DENGAN URUSAN-URUSAN BESAR, MAKA ANDA AKAN DISIBUKKAN DENGAN URUSAN-URUSAN REMEH. 
dan takutlah anda andai jemputan itu adalah jemputan terakhir untuk kita. 
tak dapat nak dibayangkan betapa ruginya dan sedihnya andai di pengakhiran hidup kita, kita tercampak ke lembah kehinaan yang mana Allah tak mahu pandang pun kita.. 
T_T.  fuisy. takut!!! 

teringat surah at-Taubah ayat 41: 
"Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui". 


so, apa tunggu lagi? 
Tiket dah dihulur ke tangan anda
sambut dan langkahkan kaki. 
naiklah ke atas gerabak yang sedang bergerak laju itu. 
bergeraklah! 
bak kata seorang akhawat: 
ubah lelah menjadi lillah!! 
chayo!!! 






08 October 2014

berdua lebih baik?


Sungguh, perancangan Allah s.w.t adalah yang terbaik! Senario Allah lah yang paling indah.
Jangan takut untuk meminta dan berharap, Dia pasti akan datangkan. Kena pada masanya, bahkan lebih baik lagi dari yang kita harapkan.
there really is no coincidence, only hikmah and beauty in His will. 

Al-kisahnya, saya kini sudah lebih sebulan bergelar pelajar di Universiti Malaya dan tinggal bersama 6 mujahidah lain di RIA, satu nikmat yang subhanallah.. tak dapat nak saya gambarkan dengan kata-kata. Sebelum saya menjengukkan kaki ke UM untuk Masters in Public Health, ramai senior lain yang saya jumpa dok menakut-nakutkan saya tentang Public Health in UM. Kata mereka, susah nak pass lah, passing marks lebih tinggi lah, lecturer strict lah.. dan macam-macam lagi. To be honest, the only reason why i choose UM  was because i heard that there are a lot of akhawat in UM. Cuma itu sahaja yang saya mahukan. Support system with tarbiah. dan bila saya dah masuk belajar, masyaAllah. Terbaik! Batchmate saya semuanya hebat-hebat belaka, penuh dengan ilmu dan tak lokek berkongsi pengalaman. We work really well with each other. Bila anda bersama dengan mereka yang hebat, secara tak langsung, anda pun akan jadi hebat sekali. You adopt and adapt. Lecturer pun ok. Strict with attendance and assignments, but that to be expected. Masters student what.. Kan? all in all, life is good. Nothing for me to complain.  






Berkenaan kisah bagaimana saya dapat masuk ke RIA, itu pun penuh dengan onak durinya. Biasalah, doktor, single, independent, duit gaji banyak tak luak-luak, mestilah nakkan tempat yang selesa kan? Yang parkingnya berbumbung kalau boleh, biliknya besar dan ada privacy, dan paling penting sekali dekat dan mudah untuk ke universiti. Saya pun book lah satu bilik di Vista Angkasa thru seorang akak ni. Bila bermesej dengan dia, masyaAllah, baik saja bunyinya, Siapa sangka, orangnya kaki penipu! habis duit saya disonglapnya. Bayangkan, anda dah berjanji nak jumpa dengannya, dan duit pun dah dibank-in rm1000+, dia biarkan anda tunggu lebih sejam di tengah panas (dan dalam pada menunggu tu.. ditakdirkan Allah ada seekor burung tercirit pula kena tepat pada smartphone anda..) dan orang yang anda tunggu-tunggu tak kunjung tiba. Mesej tak berbalas, phonecall tak berangkat.. senyap membisu sahaja. Akhirnya gambar di wassap profile pun hilang begitu sahaja. Masa tu, Allah saja lah yang tahu apa yang saya rasa masa tu.

Tersentap saya dibuatnya. Terfikir apalah dosa yang aku dah buat hingga Allah nak uji sedemikian rupa. Masa tu, saya teringat pesan seorang senior akhawat, bila kita berhadapan dengan situasi macam ni, jangan mohon doa keburukan untuk mereka yang menganiaya kita tu, tapi sebaliknya mintalah kebaikan untuk diri kita sendiri.

Bila jadi macam ni, saya selalu akan counter balik dengan muhasabah.
Duit boleh cari lagi.Mujur juga nilai duit yang ditipu tu bukanlah tinggi sangat bagi saya. Saya anggap ia sebagai kafarah dosa,
Pengalaman ditipu itu pun biarlah jadi pengajaran, jangan mudah sangat untuk percaya apatah lagi bila berurusan di alam maya!
Tang kena najis burung tu, ok lah,boleh lap dengan tisu lembap saja. Sekurang-kurangnya tak jatuh kena tudung/muka. Kan lagi haru gitu?

In the end, saya pujuk diri istighfar banyak-banyak.
dan saya pintakan pada Allah, kurniakan saya rumah sewa yang jauh lebih baik dari ini, yang ahlinya solehah dan musleh, yang di sana saya akan lebih tsabat dalam islam, dan akan lebih maju lagi dalam hidup dan kerjaya.
Dan MasyaAllah, tak sampai sehari, Ummi berikan saya maklumat tentang RIA, n boom! I'm here. 






Sungguh, permulaan hari dengan solat subuh berjemaah, makan malam bersama, tawa tangis bersama. Baru sebulan di sini, tapi saya dah anggap mereka seperti keluarga sendiri! Keluar sekejap pun dah rindu! kami berlainan karakter tapi saling melengkapi. 
I really did achieve more here than i could ever imagine if i'm in someplace else. 

Maka, kesimpulannya:
Bersama itu menguatkan!
Bersama dalam tautan kasih Allah lebih mendamaikan.
Bersama dalam ketaatan, itulah nikmat cinta terhebat.

Akhir kata,
if you want to walk fast, walk alone.
if you want to walk far, WALK TOGETHER.


with love,
baiz =)

07 October 2014

bergerak seiring dengan masa!

subhanallah!
cepat sungguh masa berjalan.
jangankan kata nak 'mengejar' masa, nak bergerak 'seiring' pun mungkin x tercapai rasanya.
entah macam mana, Allah gerakkan hati dan tangan saya untuk kembalik menjenguk laman sesawang yang sudah pastinya bersawang ni.. T_T.
how fast time flies!
and it feels so good to have a place where you can revisit your old self.
refeel that energy.
relive that moment where you want to do nothing except moving forward towards Him.
your One and Truly THE SAVIOUR.
All this time that i lose trying to discover myself, in truth all i did is just finding Him again and again. (terima kasih Ya Allah atas kurniaan ini. Terima kasih yang x terhingga kerana masih sudi memandang hambaMu yang sering leka dan hanyut ini.. TT-TT)
And gaining back the strength to stand and move yet again, despite all the circumstances that keep pulling me back.
Iman itu sifatnya turun dan naik. Dan hati itu berbolak-balik seperti air panas yang sedang menggelegak. Begitulah diri kita saban hari.

Fast forward 2 years.
October 7th 2014.
Here i am.
Writing another piece of me.
Finding back the lost pieces.
RUNNING BACK TO HIM.

# masa menyaksikan saya masih solo.
sekarang saya masih lagi seorang doktor.
Doktor yang diberi peluang untuk memajukan dirinya dengan segulung ijazah sarjana perubatan kesihatan awam (insyaAllah..doakan saya ye..baru sem 1)
and the best part of it is living with 6 other sweet and lovely angels who done nothing except reminding me of how womderful living under His guidance is.

and so,
bismillah.
i hereby inviting you to be with me.
lets embark on this wonderful journey of life together.
lets remind each other that every single moment counts.
every du'a is answered.
and He knows best.

rabbuna yusahhil alaina.

see you next entry, insyaAllah.


with love,
baiz =)